22 September 2016

SAIKO



            Langkah kaki ku atur pantas. Ke mana lagi kalau bukan ke villa Encik Rahman. Aku perlu berjumpa dengan anak gadisnya, Sulianna. Aku ada perhitungan yang perlu diselesaikan.
            “Eh, Shahrul? Masuklah… Kenapa terpacak je kat depan tu?” sapa Pn. Jamilah mesra.
            “Err… Auntie… Sulianna ada tak? Nak jumpa dia sekejab.” Aku terpaksa memaniskan muka. Tak kan aku nak tunjuk tahap kebengganganku pada Pn. Jamilah yang cukup baik sifatnya itu. Entah macam manalah budak perempuan ni boleh lahir kat keluarga ni… Ishkkkk apa yang aku merepek ni….
            “Oh boleh… Tapi masuklah dulu. Budak bertuah tu baru bangun. Masih mandi lagi rasanya. Semalam memang dia ada pesan yang Shahrul akan ke mari.” Kurang asam punya budak perempuan. Macam tahu-tahu je aku nak datang serang dia hari ni. Siap kau kejab lagi….
            Aku duduk menunggu budak gila tu turun. Raut wajahku memang nampak tegang. Aku pasti Pn. Jamilah juga sedar tapi dia pura-pura buat tidak tahu. Mungkin malas nak masuk campur.
            “Hai Shahrul… How are you today? You looked so hot. I mean your face. Ada masalah ke? Tegur Sulianna selamba. Sikit pun tak rasa bersalah.
            “Kau… Hei…. Perempuan Saiko… Ak…” Terhenti serta-merta perkataan seterusnya apabila terlihat kelibat Pn. Jamilah.
            “Jemput minum Shahrul.”
            “Ya, Terima kasih auntie.” Sulianna ketawa kuat selepas Pn. Jamilah meninggalkan kami berdua. Aku memandang pelik ke arah dia. Eee… aku tengah tegang dia pula gelak-gelak macam langsiur…
            “Awak ni lawaklah… Depan mama bukan main lagi ya… Pijak semut pun tak mati. Kalau awak datang nak marah saya… silalah. Saya ni tak ceria kalau tak dengar bebelan awak.”
            “Eeee.. kau nie memang ada masalah mental ke? Apa yang kau cakap kat Wani hah? Kau ingat senang ke aku nak ayat dia. Balik-balik kau hancurkan. Apa masalah kau ni?” jerit aku. Lantaklah sapa nak dengar pun.
            “Cakap apa? Saya hanya tolong awak. Budak Wani tu dah 4 kali tukar pasangan. Takkan saya nak biarkan awak masuk perangkap dia. Kita kan family friend. Saya ada hak atas awak.”
            “Tengkorak kau! Hak apa yang kau ada? Hak musnahkan kebahagian aku. Macam tu? Yang aku paling tak tahan…. kau cakap kita ni dah bertunang.” Ternyata Sulianna sikit pun tidak terasa.
            “Apa salahnya… Kalau awak nak malam ni jugaklah kita boleh bertunang.”
            “Bodoh.. Kau ni memang tak tahu malu ya…”
            “Ha..ha..ha.. memang saya tak tahu malu. Tapi kat awak je. Saya jadi macam ni pun sebab awaklah. Sapa suruh awak ayat saya dulu.”
            “Kan aku dah terangkan… Aku buat macam tu sebab nak bagi Intan cemburu. Itu sahaja.”
            “Tapi awak silap. Patutnya awak bagitahu saya dulu. Ni tak… Awak buat saya terperasan lepas tu baru nak terangkan perkara sebenar. Saya pun ada perasaan jugak tau. Bukan tunggul. Jadi saya tak boleh nak terima alasan awak tu. Awak yang mulakan, maka saya akan tamatkannya. Dan awak… ni amaran saya… jangan berani nak cari perempuan lain. Awak hanya akan nikah dan hidup dengan saya. Kalau awak cari jugak saya tak teragak-agak gunting muka awak tu.” Terbeliak aku. Aku menyentuh dadaku yang berlari kencang menahan rasa terkejut. Budak ni tak padan dengan kecil tubuh badan mengugut aku pulak.
            “Suka hati akulah nak cari sapa pun.”
            “Ok… sebelum kahwin awak nak setia pegang title playboy tu silalah. Tapi lepas awak jadi milik saya… Jangan harap! Sekarang awak boleh balik. Saya malas nak berperang dengan awak.” Selamba badak budak saiko ni menghalau aku. Huh, siap kau! Aku mendengus kasar sebelum menapak keluar.
            Aku geram kerana diperbodohkan oleh Sulianna. Aku pasti akan balas dendam di atas sikap selamba dia tu. Tapi tulah.. aku tak tahu apa yang aku boleh buat untuk menakutkan dia. Aku tengok dia sikit pun tak gentar dengan amarahku, malahan siap mengugut aku.
………………………………………………………………………………………………………
            “Woi!” Terperanjat aku… Eeeee… ada aku luku kepala si Amir ni kang.
            “Kau ni tak pandai bagi salam ke? Tak habis-habis nak sergah orang.” Kuss semangat. Lemah sendi tulang aku.
            “Kau tu yang duduk termenung. Aku bagi salam bagai nak rak pun kau tak layan. Kau ni ada masalah ke? Lain macam je aku tengok.”
            “Semua sebab perempuan saiko tu. Dia seksa aku lah Mir. Aku dah hilang akal. Tak tahu nak buat apa lagi. Aku dah cakap cara baik, dia tak dengar. Aku dah gertak pun dia buat selamba badak je. Naik pening aku bila sekarang dia pula yang ugut aku.”
            “Ha..ha…ha… Sorry.. Tergelak. Tulah kau. Pergunakan budak tu dulu sebab nak pujuk awek kau yang keberapa puluh entah. Last-last putus jugak,” sindir Amir. Sengaja nak kenakan kawan karibnya.
            “Mir, baik kau diam. Aku tengah rungsing ni.”
            “Hmm… aku ada idea. Ni pun consider as gertak jugalah. Tapi versi yang agak keterlaluan. Itupun kalau kau setuju.”
            “Macam best je.. Apa tu? Aku no hal. As long as aku boleh matikan sikap perempuan tu. Itu dah lebih dari cukup. Aku tersenyum panjang mendengar setiap bait perkataan yg dibisikkan oleh Amir. Ya… macam mana aku boleh tak terfikir perkara itu sebelum ni. Pasti kali ini aku akan berjaya mematahkan tembok ketenangan Sulianna binti Rahman. Yes!
            “ Tapi kau jangan lebih-lebih pulak. Biar berpada-padalah ya. Kalau berlebihan takut memudaratkan pulak. Apa pun dia perempuan.”
            “Yang tu kau tak yah bimbanglah Mir. Taulah aku macam mana nanti.”
………………………………………………………………………………………………………
            Aku mengatur strategi untuk menakutkan Sulianna. Sengaja aku menghubunginya agar berjumpa denganku di bilik hotel bernombor 555 yang telah aku tempah sebentar tadi. Kau yang cabar aku Sulianna! Kali ini aku pasti kau akan mengalah. Lamunanku terhenti apabila terdengar bunyi ketukkan di pintu. Aku mengintai melalui lubang kecil di belakang pintu. Ya.. SAIKO dah sampai. Aku tersenyum riang. Aku membuka pintu. Terpaku sebentar melihat Sulianna. Hmm… Cantiknya! Ya dia memang nampak ayu apabila mengenakan sepasang baju kurung. Taklah macam selalu, seluar jeans lusuh bersama T-Shirt lengan panjang bersaiz besar.
            “Lama tunggu?” sapa Sulianna lembut sambil bibirnya mengukirkan senyuman paling manis aku kira.
            “Emm… tak juga. Masuklah. Aku ada benda nak discuss dengan kau,” balasku.
            “Err.. eh tak pelah. Saya rasa tak elok kalau saya masuk. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah pula,” jelas Sulianna.
            Tapi aku ni jenis degil. Saja aku buat-buat tak faham bahasa. Yelah kalau dia tak masuk macam mana aku nak jalankan muslihat aku. Lantas aku menarik lengan Sulianna agar melangkah seiring denganku ke bilik hotel tersebut.
            “Awak ni kenapa?” Soal Sulianna terkejut dengan tindakanku yang agak melampau tu. Pandai-pandai je bawa masuk anak dara orang.
            “Kenapa apa? Baguslah kalau kena tangkap basah. Kau juga yang nak kahwin dengan aku kan? Ini peluang terbaik tau.”
            “En. Shahrul, saya memang nak kahwin dengan awak. Tapi bukan kahwin free ok.” Aku gelak. Perlahan-lahan tombol pintu aku kunci dari dalam. Aku suka pula tengok muka cuak Sulianna. Padan muka!
            “Aku dah decide. Sanggup terima kau. Tapi lepas kau layan aku hari ni. It’s just an advance first night. Boleh?” Aku lihat mata bundar Sulianna makin membesar. Mungkin tidak menyangka aku akan meminta dirinya. Aku bukan serius pun sebenarnya. Gertak je!
            “Awak giler ke? Dahlah tepi…! Saya nak balik.” Spontan aku menarik Sulianna yang hampir membolos keluar ke dalam pelukkanku. Masing-masing terkaku sebentar, sebelum pantas diriku di tolak.
            “Su,” panggilku lembut. Ishk… kenapa dengan aku nie? Tiba-tiba dadaku berdebar semacam.
            “Saya nak balik. It’s not nice for us to be here in private. Jumpa nanti.” Aku menghalang dia buat kali kedua. Aku kini berdiri betul-betul di hadapan Sulianna. Jarak kami terlalu hampir, sehingga aku dapat merasai bau wangian yang dipakainya. Aku teragak-agak mengusap pipi gebu Sulianna. Entah kenapa aku tiba-tiba jatuh sayang pada dia. Cintakah ini?
            “Shahrul, no please. Saya tak sanggup. Saya nak balik,” pinta Sulianna sambil cuba mengalih tanganku yang masih setia singgah di pipinya. Aku tau dia takut. Itulah pun niat aku sebenarnya. Tapi hantu mana entah yang merasukku. Aku seakan terpaku menatap bening mata milik Sulianna.
            “Kenapa?”
            “Awak bukan suami saya.”
            “Kau nak aku kan?”
            “Kalau ini gaya awak… Maaf saya tak sanggup. Baiklah, saya tarik diri. Saya tak kan ganggu awak lagi. Puas hati!”
            “Betul ni?”
            “Saya janji.” Namun aku tetap tidak melepaskan Sulianna. Walaupun aku kini sudah bebas dari saiko yang merungsingkan aku. Aku menarik Sulianna ke dalam pelukkanku. Erat. Aku sedar dia meronta minta dilepaskan. Semakin dia meronta semakin kejab aku memeluknya. Kenapa dengan aku nie?
            “Awak… lepaskan saya. Kan saya dah janji tak kan ganggu awak lagi.” Rayuan Sulianna tidak memberikan sebarang kesan ke atas diriku. Aku menundukkan sedikit wajahku. Fokusku kini bibir mungkil si saiko. Tanpa pamitan aku menerima tamparan hebat dari Sulianna. Perit! Aku cuba menghampiri dia buat kali ke berapa entah. Walaupun jelas kulihat air mata menitis laju di wajah Sulianna. Sememangnya aku dah gila.
            “Tok..tok..tok…” Ketukkan di pintu menyedarkanku. Aku tergamam melihat kelibat empat orang lelaki berserban, ayah, ibu dan tidak ketinggalan Pn. Jamilah bersama Encik Rahman.
            “Masya-Allah! Kamu berdua bersendirian dalam satu bilik? Jadi betullah kata pak Abu. Dia nampak Shahrul tempah bilik dan beberapa minit kemudian Sulianna pula muncul. Ya Allah! Apa nak jadi dengan kamu berdua nie?”
            “Mama… tak.. say…saya…” kata-kata Sulianna terputus akibat hadiah dari Pn. Jamilah yang singgah di wajahnya sebentar tadi. Kesian Sulianna. Terpaksa menanggung beban yang telah dicetuskan oleh aku. Aku cuba menerangkan kedudukkan sebenar namun hampa kerana tiada yang sudi mendengar mahupun mempercayaiku.
………………………………………………………………………………………………………
            “Aku terima nikahnya Sulianna binti Rahman dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai,” sekali lafaz sahaja kini aku bergelar suami kepada gadis yang telah aku rosakkan maruahnya dikalangan keluarga. Sungguh aku rasa amat berdosa.
            “Sulianna, ishk termenung pulak budak ni. Tu suami kamu lama tunggu kamu salam dan cium tangan dia.” Aku hanya memerhatikan wajah Sulianna dalam diam. Cukup unik ciptaan Allah. Hampir sempurna. Aku terpegun. Namun aku perasan raut wajah kurang senang Sulianna. Jelingan maut aku terima sebagai hadiah perkahwinan.
            Terpaksalah aku terima sekiranya Sulianna membenciku. Semuanya salah aku. Gurauanku akhirnya membawa padah, sehingga sanggup memusnahkan kepercayaan gadis ini yang aku yakin amat mencintaiku. Tapi itu mungkin dulu.. Kini aku amat pasti dia terluka. Luka itu.. hmm… aku perlu cari jalan untuk mengubatinya. Ya Allah, bantulah hambamu ini.
            “Sulianna….” panggilku lembut seraya melabuh punggung duduk di atas katil peraduanku, yang kini akan ku kongsikan dengan Sulianna. Itu pun kalau dia sudi. The best part is aku dah alihkan sofa panjang keluar dari bilikku. Aku tak nak Sulianna tidur disana. Mungkin sebab aku dah jatuh cinta pada sepasang mata milik Sulianna ketika di bilik hotel beberapa minggu lepas. Alasan… sebenarnya aku jatuh cinta pada pemilik mata itu.
            What?” jawab Sulianna sedikit kasar.
            I’m sorry.”
            I hate you.”
            “Hah?” Eee… budak ni… lain aku cakap lain dia jawab.
            “Sulianna..” sekali lagi aku cuba nak memancing perhatiannya.
            “Apa masalah ni? Jangan ganggu saya,” jeritan Sulianna bergema. Aku terdiam. Alahai kerasnya hati isteri aku ni. Panggil pun boleh kena marah. Tak pelah. Baik diam je. Biar dia cool dulu. Aku masih melirik ke arah Sulianna.
            “Apa pandang-pandang!” Amboi ayat seruan.. Aku tersengeh sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ala.. baru ingat nak tanya tak panas ke asyik bertudung. Buka jelah. Bukan aku nak terkam dia. He..he..he… kalau aku cakap macam tu entah-entah terbang botol bedak ke arahku.
            Aik… baru je aku kutuk dia.. Boleh pulak selamba badak dia buka tudung depan aku. Walaweyyyyy… cun abis. Grrrr…. alamak… tak keruan aku macam nie… Memang confirm nak kena terkam minah nie. Giler ayu dia tanpa tudung. Rambut dia pun… Fuh! memang first class. Hmm…. tapi apa nak buat… Terpaksa kawal gelora jiwa ni. Kang aku main redah je tak pasal-pasal dia makin benci kat aku. Malam ni terpaksalah aku telan air liur je. Tak pe… Sabar. Dah ok nanti siaplah kau minah. Aku tak bagi keluar bilik punya. Mulalah aku jadi miang-miang keladi nie. Ala… tak pe… dengan isteri sendiri pun. Mengaku isteri pulak dah. Bukan sebelum ni aku yang bersungguh-sungguh nak elak dari dia. Sekarang apa sudah jadi?
            “Hah! Nak ke mana tu?” Soalan aku tinggal sepi ditiup angin bayu. Tidak langsung mendapat respond munasabah dari dia. Berlagaknya… Dulu punyalah terhegeh-hegeh nak kat aku.. Sekarang nak jual mahal pulak. Ishk.. Apa aku melalut nie? Tak pe… ada masa aku akan buat kau pulak tunduk kat aku. Masa tu baru kau tau tinggi dan rendahnya antara langit dan bumi.
            “Kedebub.”
            “Cabut pintu tu siap awak. Saya gi..”
            “Saya gi apa? Menyampah betul!”
Aik sempat lagi dia menjawab lepas dihempasnya pintu tu. Ganas sungguhlah perempuan ni. Yang mulut aku ni pun satu, tak sayang tuan sungguh. Nasib tak sempat aku sebut gigit tadi. Tak dapat aku bayangkan kalau dia belasah aku malam-malam macam ni.
Dah sebulan aku mendirikan rumah-tangga yang tak berapa nak tangga dengan perempuan saiko sorang ni. Ishk, tak baik sungguh kata isteri sendiri macam tu. Saiko-saiko pun aku tetap sayang dia. Tapi yang tak bestnya dia dah jadi sangat pendiam. Tak macam dulu! Dulu sekejab pun dia tak pernah nak senyap. Ada je nak naikkan darah aku. Rindunya aku kat dia yang dulu. Aku pun nak bahagia macam orang lain jugak. Nak rasa belaian seorang isteri. Puas juga aku cuba nak pujuk dia, tapi tak jalan langsung.
Sedang aku mengelamun sorang-sorang, tetiba teringat satu insiden yang terjadi antara kami. Giler gugup aku masa tu. Jangankan dia, aku sendiri pun dah merah muka. Yelah masa tu aku baru bangun tidur sebab semalaman sibuk menyiapkan design bangunan seperti yang diminta oleh pihak atasan. Dengan selamba badak aku serbu masuk bilik air sebab dah tak tahan nak terkuncil. Terlepas satu jeritan yang membingitkan telinga. Tergugat iman aku bila melihat keadaan isteri tersayang. Sempat mata aku merayap sebentar. Cepat-cepat dia tarik tuala menutupi tubuh yang terdedah. Berubah air muka kami. Tapi aku jugak yang untung. Hahaha.... Sejak dari kejadian itu aku sering terbayang-bayang sesuatu yang unik miliknya. Tak salah! Dia isteri  aku yang sah. Segala-galanya hanya milik aku seorang. Aku pasti sikit masa lagi kami tetap akan bersatu sebagai suami-isteri.
Sulianna makin menjauhi aku sejak kejadian aku terlihat sesuatu yang berharga miliknya. Sering-kali aku cuba menghampirinya. Dia pula aku melarikan diri. Mungkin dia masih malu.. ke dia marah sebenarnya? Aku tak pernah berniat nak ambil kesempatan di atas kesempitan yang ada. Yang pasti aku amat mencintai si Saiko, isteri sahku yang suatu ketika dulu amat aku benci. Betullah kata pepatah, jangan terlalu membenci nanti jatuh hati. Memang padan dengan muka aku pun. Kan dah Allah terbalikkan keadaan. Dulu aku jual mahal. Sekarang dia pulak yang jual mahal. Hmmm... aku dah betul-betul gila sekarang. Gila bayang!
“Su.....” seruku lembut. Semoga engkau lembut hati wahai Isteriku yang tercinta.
“Apa!”
“Amboi garangnya. Janganlah garang sangat sayang. Abang tau salah abang. Tolonglah maafkan abang. Sungguh hati ni terlalu kesal atas apa yang terjadi.”
“Baguslah kalau awak menyesal. Senang untuk lepaskan saya.” Dushhhhh...! Bagai petir menyambar hati kecil aku.
“Bila pulak abang cakap nak lepaskan Su? Abang actually menyesal pasal incident 5 months ago. Kalau abang tak ikut cadangan gila Amir, tak mungkin Su bencikan abang kan. Sekurang-kurangnya ada insan yang tergila-gilakan abang. Abang tiba-tiba rindu kenangan dulu. Rindu pada kenakalan seorang gadis yang cukup berani memikat abang.” Aku lihat wajah Sulianna sedikit memerah. Ni sebab malu ke marah? Aku confius sekejab.
“Ooo... So Amirlah dalangnya.” Alamak! Terlepas sudah. Sorry Amir. Hamba tak sengaja. Kerana santan pulut binasa, kenapa mulut badan binasa.
“Errr... tak jugak. Mungkin 50% je salah Amir. Salah abang pulak 100%. Tapi dalam kekesalan terbit jugak rasa gembira. Kalau tak kerana peristiwa tu, tak mungkin abang jatuh cinta. Sungguh abang tak pernah sangka bagaimana perasaan cinta yang sebenar sebelum ni. Walaupun abang kerap benar tukar teman wanita. Tapi tiada seorang pun dari mereka yang berjaya buat abang jatuh cinta. Hanya Su, sekelip mata buat abang cintai Su.”
            “Pang!” Mak oiiii... peritnya rasa pipi ni. Diluar jangkaan aku! Kenapa dia tampar aku ni? Suasana romantik hilang begitu sahaja. Mama, help me. Sakit ya amat.
            “Jangan berani sebut cinta!” jerit Sulianna sambil kaki melangkah laju ke kamar. Segera aku mengekori langkah kakinya yang semakin panjang. Belum sempat pintu bilik tertutup rapat aku menghalang. Aku masuk dan terus pintu ku kunci. Sulianna kelihatan kaget. Mungkin takut menghadapi sebarang kemungkinan. Tapi ada aku kisah. Kalau dulu dia anak orang kini sah milik aku. Aku tak takut pada makluk yang ketiga tu!
            “Kenapa tampar abang?” Sengaja aku keraskan suara. Ku lihat dia telan air liur. Tau takut! Ingin sahaja aku gelak lepas. Tapi mana mungkin. Lagi naik lemak si saiko ni nanti.
            “Errr... saya tak sukaaa..”
            “Tak suka apa!” Sengaja lagi. Memang tak nak bagi dia peluang bersuara. Tau pun terkebil-kebil. Aku menghampiri Sulianna. Semakin aku dekat semakin dia undur. Hingga akhirnya dinding menghalang dia melangkah lebih jauh. Aku kepung dia. Kedua-dua belah tangan aku letakkan pada dinding. Dia kini seakan-akan berada dalam pelukkanku. Mata bundar Sulianna kelihatan sedikit membesar.
            “Sulianna selalu nak cabar abang kan?” soalku lembut. Begitu lembut. Aku memang berniat nak goda dia. Aku lihat dia terkedu.
            “Awak jangan macam-macam Shahrul.” Suara Sulianna bergetar. Takut ke? Atau berdebar-debar.
            “Hmmm...” bisikku sambil menghidu bauan pada helaian rambut panjang Sulianna. Makin mengelabah Sulianna. Gelak jahat hampir terletus. Tapi aku sedaya upaya tahan. Kali ini
aku tekad. Mahu mengharu-birukan perasaan Sulianna. Jangan nanti aku yang tersungkur sudah.
            “Pakai shampoo apa ya? Wangilah sayang.”
            “Lepaslah!” Sedaya-upaya Sulianna cuba melepaskan diri.
            “Jangan berani lari sayang.” Ucapku seraya menghadiahkan ciuman hangat di dahi Sulianna. Mata Sulianna berair. Dia risau akan sebarang kemungkinan. Aku pasti!
            “Jangan.” Hanya sepatah kata dari Sulianna.
            “Abang tak akan apa-apakan sayang. Percayalah! Abang betul-betul jatuh cinta! Jangan pernah ragui. Abang mengaku masa tu abang berniat nak gertak sayang aja. Sebab abang rimas dengan sikap sayang yang terang-terang cuba mendapatkan abang walaupun berkali-kali abang marah. Tapi entah kenapa hati abang terpaut pada sayang sejurus lepas menatap mata sayang di depan pintu bilik hotel. Ketika itu, hati abang memberontak untuk memilikimu sayang. Kalau tak kita kena tangkap basah sekali pun abang tetap akan lamar sayang. Abang tak de niat nak cuba rosakkan sayang masa tu. Cuma abang tiba-tiba hilang kawalan. Abang minta maaf sayang.” Aku mahu dia tau isi hatiku. Sulianna diam. Namun, bening mata itu masih memandang aku. Cukup mempersonakan.
            “Saya takut.”
            “Takut? Takut pada apa sayang. Kan abang dah janji tak akan apa-apakan sayang hari ni. Esok-esok tak janji.”
            “Bukan.”
            “Bukan? Cuba jelas sikit. Ni seketul-seketul sayang cakap ni. Berketul-ketul abang tak faham.”
            “Tak. Saya takut awak akan perkosa saya masa tu. Saya tak kuat. Saya...”
            “Shhh.... jangan cakap macam tu sayang. Abang tergoda pada sayang masa tu tapi insya-allah abang tak kan rosakkan sayang. Sebab abang memang dah siap pesan pada Amir supaya ketuk pintu bilik hotel kalau dalam setengah jam abang tak keluar. Abang pun takut jugak.” Luahku penuh syahdu.
            “Tapi...”
            “Tak de tapi-tapi lagi sayang. Ambillah masa untuk memaafkan dan menerima abang dalam hidup sayang. Abang akan tunggu.” Sebuah ciuman lagi singgah di hidung mancung Sulianna. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu aku pada dia.

............................................................................................................................................................

Allah! Aku terlambat nak ke pejabat. Semua gara-gara makan bola, tidur bola lah ni. Ishk, salah sendiri tak nampak. Dituduhnya bola pula. Demam bola biasalah. Aku bersiap ala kadar. Tak payah nak handsome-handsome sangat. Dah jadi suami orang pun. Aku berlari menuruni anak tangga. Tanpa sedar aku terlanggar tubuh seseorang. Poyo je! Terus-terang jelah. Aku terlanggar Sulianna. Nasib baik belum sempat dia melayang jatuh aku dah sambut tubuh dia. Hangat! Ya badan Sulianna memang hangat. Dan yang buat keadaan lebih hangat bila pelukkan aku berbalas. Ini bukan masuk mood romantica okay! Dia peluk aku sebab khuatir akan terjelepuk jatuh je. Jangan nak lebih-lebih.
Sorry. Abang tak sengaja. Nak cepat.”
It’s okay. Salah Su. Tak nampak abang.” Kening aku naik sebelah. First time she is talking lembut macam ni. Eh, abang? Good improvement. Perpeluh-peluh dah aku tahan gelora. Dah sudah! Kenapa Sulianna pun macam tak nak leraikan pelukkan dia. Macam bagi peluang kat aku je. I think i should try. Gatal! hahaha... Lantaklah! Aku merapatkan wajahku. Mataku masih setia merenung kedalam mata Sulianna. Dia bagaikan terbuai. Akhirnya bibirku menyentuh lembut dua ulas bibir merah miliknya. Cukup lama. Hingga akhirnya dapatku lihat tiba-tiba mata Sulianna terbeliak. Ditolaknya tubuhku secepat yang mungkin. Aku senyum segaris. Sulianna macam baru bangun dari lena yang panjang je lagaknya.
How dare you.
Sorry sayang. Terlanjur sudah. But, anyway thanks. It’s so sweet. Ada madu ke kat bibir tu?” jawabku selamba sambil tersengeh-sengeh. Sulianna menjeling aku.
“Awak ni melampau!”
“Sama-sama kita terlampau sayang. I’m pretty sure you like my kiss. Nampak terbuai je tadi. And first of all, I should say this. Sayang seperti mengharapkan my kiss.” Muka Sulianna berubah. Merahnya! Oooo so sweet. Dia malu! Dan aku nampak senyuman terukir sedikit di bibir munggil itu. Tapi cepat-cepat dia sorok. Hatiku melonjat gembira.
Don’t you dare to do this again. Awakkk...”
“Shhhhh, jangan cepat melatah sayang. Dan jangan tukar panggilan. Abang suka dengar panggilan itu dari mulut sayang. Ikutkan hati nak aja abang cuti hari ni. Tapi abang terpaksa pergi. Tuntutan kerja sayang. Malam nanti abang pujuk rajuk sayang ya. Again, thanks for the sweet memory. Pasti akan ceriakan hari abang.”
Aku melangkah keluar. Sekilas aku menoleh. Dia masih dengan senyumannya. Aku nampak api yang sarat dengan cinta pada sepasang mata bundar itu. Sulianna langsung tidak perasan aku sedang merenung dari luar. Syukur pada-MU. Akhirnya melembutkan hati isteriku. Jiwaku kini benar-benar memberontak untuk sambung bicara manja bersama si saiko aku. Tak pe .. aku masih punya banyak masa.
“En. Shah, kenapa hari ni lain macam je? Sengeh-sengeh macam kerang busuk,” tegur Ani merangkap setiausaha terbaik aku.
“Biasalah, teringat kat bini.”
“Wah macam ada berita baik je.”
“Insya-Allah, tak lama lagi. Tolong doa untuk saya ya.”
Tepat jam 5 petang, aku bingkas gerak untuk pulang. Laungan rakan sekerja tidak lagi aku peduli. Yang penting sekarang aku sampai rumah awal. Ada perhitungan perlu aku selesaikan. Aku amat pasti kami berkongsi rasa yang sama.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Salam berbalas. Aku melangkah masuk. Wauuu! Mengancam habis. Bini aku ke ni? Siap ber-dress sakan nak pergi mana ni?
“Su nak keluar ke?” tanyaku lembut. Baru nak berbaik tak bolehlah nak kasar-kasar sangat.
“Ya.”
“Ke mana?”
Wedding Alia.”
“Oh. Dengan Siapa? Mama?”
“Razman.”
“Eh! Sapa tu? Abang tak izinkan.” Cemburu hadir tanpa diundang.
“Sepupulah.”
Still abang tak izinkan,” tegasku. Sepupu pun boleh kahwin apa. Merapu apa pulak ni? Bukan Sulianna dah jadi isteri aku ke... Ishk!
“Awak tak boleh halang.”
“Kenapa tak boleh pulak? Abang ni suami Su.”
“Saya dah janji nak teman dia.”
“Batalkan aja. Abang lagi penting untuk Su teman.” Sengaja aku berkeras sikit. Aku nampak wajah masam Sulianna. Merajuklah tu. Biarkan. Sekejab lagi aku pujuk.
“Abang lapar. Siapkan makan malam. Abang mandi sekejab.” Aku melangkah ke kamar milikku. Aku ada misi sendiri malam ini. Sudah lama kami bernikah tapi masih macam orang asing je. Tidur pun bilik lain-lain. Aku yakin malam ini aku akan berjaya melenturkan kemarahan Saiko aku. Perasaan untuk memiliki dia cukup kuat sejak-semenjak-dua menjak ni.
“Jom makan sekali,” pelawaku. Pertama kali dia siapkan makan malam aku tapi dengan wajah cemberutnya.
“Tak lapar.”
“Janganlah macam tu sayang. Please...teman abang.” Aku lihat dia akur. Aku makan sambil mata ini galak memandang wajah manis Sulianna. Dia nampak seperti cacing kepanasan sahaja. Serba tak kena duduknya.
“Makanlah. Jangan Pandang macam tu.” Aku tergelak. Patutlah tak selesa. Sebab renungan aku rupanya.
“Suka abang tengok wajah manis sayang. Abang rindu!”
            “Jangan nak gatal.”
            “Abang serius sayang.”
            “Sudahlah malas nak layan. Saya naik dulu.”
            “Su, wait for me. We need to discuss. Tunggu kat bilik abang ya,” ucapku seraya mencuci tangan.
            “Awak nak apa?” straight to the point pulak my wife ni.
            “Nak awak.”
            What? Awak jangan nak main-main kat sini.”
            “Su, call me abang. Pleaseeee...”
            “Err.. awak.”
            “Abangggg... bukan awak.”
            Okay, fine! Abang ni kenapa? Rimas tau tak!” tengking Sulianna. Aku hanya tersenyum. Aku sedikit pun tak takut. Malah rasa geli hati pula. Sedaya-upaya Sulianna cuba berlagak selamba. Padahal aku nampak kasih yang cuba dia sorokkan.
            “Su, jangan jerit-jerit. Ni dah lama abang rasa nak tegur. Tapi tak kesempatan. Abang ni suami Su. Bukan adik, bukan kawan. Su kena hormatkan abang. Su kan ada belajar agama. Syurga Su pada abang. Su tak pernah nak hormat abang. Siap tengking kat abang adalah.” Ni aku macam saja je nak jolok sarang tebuan je.
            “Abang tu apa kurangnya. Orang beragama tak kan berlaku sumbang. Apa yang abang buat tu sah disisi agama ke?” Hah, ambik kau Shahrul! Aku senyum lagi. Disebabkan dia dah buka topik ni eloklah aku jelaskan sebaiknya.
            “Ok abang setuju. Memang tak patut kelakuan abang tu. Masa abang rancang semua tu memang niat abang nak balas dendam aja. Nak gertak Su. Tapi bila Su datang hilang taring abang. Hati abang berdebar kencang bila tengok Su masa tu. Saat itu abang berjanji dengan nama Allah hanya Su akan bertakhta dalam hati ni. Abang tak berniat nak sentuh Su masa tu. Abang betul-betul mohon ampun diatas kekhilafan abang.” Aku menyusun ayat.
            “Tapi abang sentuh juga kan? Su merayu kat abang masa tu.” Dia menangis. Hibanya.
            “ Ya sayang. Abang berdosa pada Su. Maaf sayang.”
            “Su kecewa abang.”
           “Abang tau. Itu yang abang betul-betul terseksa. Izinkanlah abang mengubati luka sayang. Abang yang bertanggungjawab keatas sikap abang itu.”
            “Nasib baik Su pun masih cintakan abang walaupun awalnya Su benci abang. Tapi rasa benci Su tak boleh melebihi sayang Su pada abang. Ampunkan Su kerana menafikan hak abang. Su isteri abang yang sah. Tak patut Su buat abang macam tu.” Aku memandang Sulianna sarat dengan panahan cinta. Aku benar-benar terharu.
            “Boleh abang peluk sikit. Rindu abang tak tertanggung sayang. Abang terlalu cinta pada Su sekarang. Abang akan sentiasa berdoa agar jodoh kita tetap kekal sampai ke akhirat.” Aku hanya sempat minta kebenaran. Dia dah lari mendakap aku. Pecah tangisan kebahagian kami berdua.
            “Sayangggg..”
            “Ya..”
            Thanks my Saiko.”
            “Saiko?” Kepala dah dia angkat dari elok landing atas dada aku.
            “Sayang lah. Nama glamour abang bagi sebelum kita nikah.”
            “WHAT?” jeritan meletus dari bibir merah itu sambil meleraikan pelukkan pada tubuh sasaku. Aku tergelak riuh.
            Sorry sayang. Tapi disebabkan saiko itulah abang gila bayang. Ni nama manja sayang tau,” ujarku sambil menarik kembali Su ke dalam dakapanku.
            “Jahatlah abang ni.”
            “Sayang, one more question. Macam mana sayang tiba-tiba berubah hati ni?”
            “Abanglah puncanya.”
            “Abang?”
            “Hmmm.. abang jaga Su macam baby masa Su demam tempoh hari. Plus Su nampak seorang perempuan tu cuba goda abang kat pejabat. Su cemburu. Tu yang Su lembutkan hati agar abang tetap jadi milik Su selamanya.” Aku senyum sambil mengucup lembut bibir manis su. Semoga kisah cinta kami akan terus disulami rasa bahagia. Ya Allah, berkatilah alam rumah-tangga kami. Moga kami bakal dikurniakan dengan anak-anak yang soleh dan soleha. Amin...

-TAMAT SUDAH-