16 February 2009

Sambungan Tebus Dosa "Patutlah"

“Abang, nak ikut!” pinta Ana penuh manja.

“Nak ikut? Buang tabiat ke ayang ni? Abang bukannya nak pergi melancong kat Pangkor tu tau.”

“Ala...... Bolehlah bang.....”

“Ayang oii... tak yah nak ngada-ngada. Abang nak attend meeting. Bukan nak pergi dating. Yang duk rumah diam-diam.”

“Tak nak. Ana nak juga ikut abang.”

“Ni apa hal degil sangat ni? Makin hari makin menjadi perangai ayang ni. Abang dah cakap.... abang bukan pergi nak suka-suka. Atas urusan kerja. Tu pun 2 hari je. Bukan lama mana pun.” Shazlan dah mula hilang sabar dengan perangai Ana yang semakin menggila tu.

“Abang please.... Sekali ni aja. Ana janji. Boleh ya?”

“Tak boleh. No more compromise. Ana, abang tak nak tengking kat Ana. Tolong dengar cakap. Jangan buat abang naik angin. Perangai Ana sekarang ni menggalahkan anak jiran sebelah yang baru umur 5 tahun tu.” Keadaan senyap seketika. Pelik! Isteri aku ni diam je. Tak pula merengek macam biasa. Entahlah kenapa! Sejak seminggu lepas, perangai Ana dah lain sangat. Something wrong somewhere. Itulah yang berlaga di kotak fikiran Shazlan. Tapi dia tak pernah nak luahkan pada isterinya itu. Kalau dah merajuk bukan senang nak pujuk.

“Masya-Allah! Ayang nape niiiiiiii....? Abang bukannya marah, sampai nak nangis pula budak ni. Ni yang buat abang lemah ni. Dahlah tu ya yang... Nanti kalau mama abang tengok mati abang.”

“Ab... sampai hati abang. Abang dah tak sayang kat Ana,” luah Ana sambil tersedu-sedan.

“Mana ada... Kalau abang tak sayang kat Ana sure abang tak kan pujuk Ana kahwin ngan abang dulu. Nape Ana fikir yang bukan-bukan ni? Ana sakit ke?” Semakin lembut nada suara Shazlan. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Ana sihat. Kalau betul abang sayang kat Ana.... Bawalah sekali. Ana janji tak kan susahkan abang. At least bolehlah Ana jaga abang. Please bang.”

“Ana nak jaga abang? Balik-balik nanti abang pula yang kena jaga yang.”

“Ala abang ni... Tak baik tau tuduh sebarangan. Ana mana pernah tak jaga abang?”

“Yalah.” Akhirnya terpaksa juga Shazlan bersetuju membawa bersama isterinya. Dia tak nak nanti dia dipersalahkan oleh mama yang suka sangat manjakan menantunya yang sorang ni.

Kesian Shazlan... tiap-tiap hari kena layan karenah isterinya yang semakin kebudak-budakkan itu. Manja, degil, nakal, kuat menangis... semuanya sekalilah yang di serve oleh Ana buat Shazlan. Pening kepala juga Shazlan memikirkan punca perubahan isterinya. Namun, hampa.
Sampai je kat Pulau Pangkor... mulalah si Ana tu....

“Abang...”

“Ya.”

“Ana laparlah.”

“Lapar? Baru kejab tadi kita makan kan. Ehhhh!!! Ayanggggg... ni perut ke atau tong?”soal Shazlan sambil jarinya menuding ke arah perut Ana. Geli hati juga tengok muka Ana yang dah mencuka tu. Maklumkan Tuan Azman (rakan sekerja) turut berada disitu.

“Abangggggggg... kalau tak nak belikan cakap jelah. Tak yah nak malukan depan orang. Ana nak masuk biliklah dulu.”

“Dah merajuk isteri abang yang sorang ni. Yalah abang belikan. Nak makan apa?”

“Sayang kat abang... Abang, Ana nak makan ikan bakar. Boleh kan?”

“Bertuah punya budak. Duk sembang ngan Tuan Azman. Abang pergi order jab.” Ana tersenyum panjang. Apa taknya... setiap permintaan dia tak pernah ditolak oleh suaminya mahupun mertuanya. Sekejab kemudiannya... muncullah hidangan ikan bakar... Lahab sekali Ana menjamah. Shazlan ada juga nak cubit sikit ikan tu, tapi.....

“Hiskkkkhhhh... apa ni ayang pukul-pukul tangan abang?”

“Tak malu abang. Ambil ikan Ana.”

“Ayang???? Ikan tu bukan Ayang pergi tangkap kat laut sampai abang nak cubit sikit pun tak boleh.”

“Abang nak... order lain. Boleh gak Ana tumpang sekali.”

“Tak de masa. Dah cepat makan. Abang nak tidur ni. Esok ada meeting.” Susah juga Shazlan melayan isterinya.

Nasib baik 2 hari je meeting kat Pangkor tu, kalau tak makin merana Shazlan. Macam-macam yang Ana minta. Itulah... inilah... Yang penatnya Shazlan. Kehulu kehilir mencari semua yang diminta isterinya. Kalau tak dibelikan siaplah Shazlan. Makin muncunglah mulut si Ana tu dan siap kena ugut lagi. Kalau Shazlan tak memenuhi kehendak Ana maka Ana akan report kat mama. Akhirnya kembalilah juga mereka berdua ke rumah. Baru je si Shazlan nak sandar kat sofa, dah isterinya panggil.

“Abangggggg.” Dah mula....

“Apa lagi ayang? Abang penat ni.”

“Ala abang. Bukan Ana nak suruh abang pergi beli apa-apa.”

Habis tu?”

“Ana teringin nak makan roti canai.”

“Kata tak nak suruh beli barang. Tu minta roti canai. Kat kedai je yang ada kan?”

“Memanglah abang...Tapi Ana tak nak yang kat kedai punya. Ana nak yang buatan tangan abang punya.”

“Ayang? Jangan nak pandai-pandai suruh abang buat roti canai. Masuk dapur pun abang tak pernah tau. Jirus air pun tak tau.”

“Abangggggggg.... Janganlah cam tu. Ana tiba-tiba je rasa tak sihat. Sebab tu Ana nak abang buatkan. Nanti Ana bagitaulah macam mana nak buat. Cara-cara dia senang je.” Ana ni memang suka sangat memujuk.

“Ayang ni susahlah. Kerja yang abang tak mampu buat yang dia nak suruh buat.”

“Please!!!!”

“Nak buat cam mana.. Kena jugalah setuju.”

“Muaaaahhhh... so sweet of you.”

Ana bangkit menuju ke dapur untuk mendapatkan bekas, tepung, air suam, minyak dan susu manis. Beberapa minit kemudian muncul semula dengan bahan-bahan tersebut. Shazlan pula memandang je isterinya. Cutenya isteri aku ni tiba-tiba. Dulu pun cute juga. Tapi sekarang bertambah ayu. Berseri-seri wajahnya. Tapi kenapa dia cakap yang dia tak sihat. Aku tengok sihat je. Bisik Shazlan. Tapi dalam hati jelah.

“Abang, mula-mula masukkan tepung ke dalam bekas ni. Pas tu tuang air. Tapi sikit je tau. Gaulkan dulu. Sampai tepung tu betul-betul uli. Pas tu bubuh pula minyak. Uli lagi tau abang. Bagi tepung tu jadi lembut dan tidak melekat kat tangan abang. Pas tu bubuh sikit susu.” Panjang lebar Ana menerangkan kepada Shazlan.

“Taklah susah mana.... rupanya... pup!”

“Abangggggggggg.” Jerit Ana. Tapi kemudiannya mula ketawa terbahak-bahak. Apa taknya.... Shazlan ganas sangat. Lepas je tuang air kat atas tepung, tangan Shazlan merempuh masuk ke dalam bekas dan dengan rakusnya meng‘uli’ tepung tersebut sehingga tepung tu terkena pada wajah handsemnya itu. Habis meja rosak dengan limpahan tepung tadi. Tak jadi Ana nak marah bila tengok wajah innocent suaminya itu. Namun akhirnya jadi jugalah roti canai hasil tangan Shazlan. Tapi banyaklah bezanya dengan roti canai kedai mamak. Yang Shazlan punya ni... bentuk entah apa-apa. Dah tu sedikit hangus pula tu. Shazlan sendiri tak lalu nak makan. Ana...? Bagaimana pula dengan dia?

“Mak oii... licin. Ayang, yang tak sedap macam ni pun boleh habis juga ke? Peliklah ayang ni.”

“Siapa cakap tak sedap? Ana berselera makan tau abang. Dahlah abang... Ana nak tidur sat.”

“Ana petang-petang cam ni tak baik tidur tau.”

“Tau. Tapi yang sakit dikecualikan.”

“Ana sakit ke? Tak nampak pun cam tu.”

“Ana sakit kat dalamlah bang. Ana rasa pening kepala sangat. Macam nak pitam je."

“Ya ke? Kalau cam tu jom abang bawa jumpa doktor.”


“Malaslah bang. Abang nak... abang pergilah. Ana nak rehat.” Shazlan hanya mampu menggeleng kepala.

Dah dekat dua hari Ana menyendiri. Tak mengganggu Shazlan seperti biasa. Shazlan takut juga. Yalah! Lagipun sebelum ni isterinya dah bagitau yang dia pening kepala. Janganlah si Ana tu ada apa-apa penyakit berbahaya. Ya Allah! Lindungilah isteriku. Rintih Shazlan. Dia memang risau. Dia sayangkan Ana lebih dari nyawanya sendiri.

“Ayang.”

“Hmmm... Abang.”

“Nape ni? Tak sihat ke? Abang takut ni yang. Cuba cakap betul-betul ngan abang.”

“A... abang... Ana... Ana sendiri pun tak tahu. Ana rasa lemah seluruh badan. Ana rasa cam nak tidur je. Padahal Ana tak mengantuk.”

“Tulah yang. Makan lagi benda bukan-bukan. Sekarang sakit ayang juga yang susah.”

“Tak kan sebab makan, abang.”

“Manalah tau. Keracunan makanan ke?”

“Tak taulah abang. Tapi Ana tak larat sangat-sangat.”

“Tak pelah. Abang bawa ayang jumpa doktor jelah. Mari sini abang salinkan baju ayang. Pas tu kita pergi klinik.” Shazlan memang suami yang baik. Isterinya sering dilayan walaupun kadang-kala sikap Ana menggugat kesabaran Shazlan. Perlahan-lahan kereta BMW Sports berwarna merah kepunyaan Shazlan meluncur di atas jalan. Akhirnya tiba juga mereka ke klinik Sarimah. Shazlan dah mula mundar-mandir kat klinik tersebut. Apa hal ni? Patient sorang pun tak de. Tapi kenapa lambat sangat ni. Doktor ni tak tau ke aku tengah risau ni. Eeeeeeeee... Nak je aku cekik doktor ni hidup-hidup. Shazlan merunggut sendirian.

“Encik, doktor panggil.” Terperanjat Shazlan. Nasib dia pandai cover macho.

“Doktor, kenapa dengan isteri saya?”

“Kalau ya pun bawalah bersabar Encik Shazlan. Duduk dulu.”

“Oppsss,,, sorry doktor.”

“Emmm... sebenarnya isteri Encik Shazlan ni menghidapi penyakit merbahaya. Tak boleh nak di rawat lagi. Mahu tak mahu Encik kena juga terima.”

“Ya Allah!” jerit Shazlan sambil tangannya meraup wajahnya. Tak sanggup dia menghadapi kenyataan tersebut.

“Bawa-bawalah bersabar Encik. Yang penting sekali Encik kenalah puaskan kehendak isteri Encik sekiranya dia mengidam nak makan apa-apa.”

“What?”

“Encik Shazlan... Penyakit merbahaya yang saya maksudkan tu... Isteri Encik ni kuat mengidam. Penyakit ni merbahaya buat si suami.”


“Saya tak faham. Maksud doktor....?”

“Encik Shazlan bakal menjadi papa tak lama lagi. Tahniah!”

“Patutlah!!!!!”

“Apa yang patutlah Encik Shazlan?”

“Emm... Patutlah isteri saya melampau-lampau perangainya. Rupanya dia pregnant. Serik saya. Tapi, I’m happy. I’m going to be a father very soon. Terima kasih doktor.” Shazlan teramat gembira dengan berita tersebut. Dia meraikan isterinya sampai berbakul-bakul buah mempelam muda dibeli olehnya. Hanya buat isterinya yang tersayang....

Sambungan "Tebus Dosa"

“Syukur Alhamdullilah! Akhirnya berjaya juga abang tebus dosa abang. Terima kasih adik.” Begitulah Shazlan memulakan bicara pertamanya selepas mereka diijab-kabulkan.

“Syukur... Syukur juga. Syarat Ana tu jangan pula abang buat tak endah.”

“Syarat? Syarat apa pula? Bila masa adik kenakan syarat ni?”

“Abang! Jangan buat-buat tak ingat. Nanti Ana tunjuk belang Ana. Abang dah janji. So, kenalah kotakan.”

“Ya Rabbi! Adik? Abang betul-betul tak ingat. Apa bendanya?”

“Hisk mengada-ngada betullah. Pasal tulah....”

“Pasal apa?”

“Eeee... Pasal abang tak diberikan kebenaran untuk menuntut hubungan kebatinan dari Analah. Kan itu syarat Ana terima lamaran abang.”

“Oh.... Yang tu. Tengoklah macam mana nanti.” Sengaja je Shazlan berkata sedemikian. Nak kenakan Ana sebenarnya. Jelas menunjukkan Ana benggang. Muka dia dah nampak sangat macam singa betina. Geli hati juga si Shazlan melihatnya. Takut benar si Ana tu. Takkanlah Shazlan nak menghancurkan janjinya sendiri. Padahal dialah yang beriya-iya memujuk Ana menerimannya semata-mata untuk menebus dosanya memperkosa gadis yang tiada dosanya. Bukan hanya sebab itu... yang benarnya Shazlan jatuh hati pada pandangan pertama terhadap Ana. Dan yang paling penting sekarang Ana dah terima dia. Shazlan sebenarnya telah berjanji pada dirinya sendiri untuk memikat Ana sesudah mereka disatukan.

“Dahlah malas nak layan.”

“Tak baik tau tak nak layan suami. Dosa!” Sekali lagi Shazlan menyakat Ana. Semakin pucat jadinya. Kesian! Sekejab nampak Ana menelan air liur. Mungkin tengah fikir cara nak melepaskan diri kot. Atau mungkin dah mula gelabah.

“A... Ana nak turun bawah jab.” Akhirnya dapat juga alasan. Tapi tak kena pada tempat.

“Nak larikan diri dari abang ya....?”

“Mana ada?”

“Yalah tu. Abang percaya sangat. Adik.. eh a..ayang takut kat abang kan?”

“Taklah. Buat apa nak takut kat abang. Bukannya abang makan orang.” Tak nak mengalah si Ana ni walaupun nampak jelas dia takut sebenarnya. Nak tipu pun tak pandai.

“Kalau tak takut... mari duk sebelah abang.”

“Buat apa?”

“Adalah sebabnya. Tak kan nak bermanja sikit pun tak leh.”

“Abang jangan menggatal. Syarat mesti dipenuhi.”

“Ala syarat tu sebelum kahwin. Ni dah kahwinlah sayang oii.”

“Abang jangan buat perangai. Nanti Ana...” tak sempat Ana nak menyudahkan ayatnya dah si Shazlan tu menyampuk. Sebenarnya dia rasa terhibur menyakat Ana. Budak tu pun mengelabah semacam je.

“Nanti Ana apa? Ana nak belasah abang?”

“A... Ana nangis nanti.” Shazlan tergelak mendengar jawapan Ana. Tak disangkanya itu jawapan yang akan diberikan. Macam budak kecil. Lawak betullah.

“Dahlah ayang. Abang gurau je tadi. Saja nak kenakan ayang. Tak kan abang nak hancurkan kepercayaan Ayang. Abang tak nak jadi kebinatangan lagi. Abang nak jadi suami yang paling baik kat dunia. Dan hanyalah untuk Adryanna seorang. Tiada yang lain dan yang seangkatan dengannya.” Baru lega rasanya dengupan jantung Ana. Kejab tadi habis hangat keseluruhan tubuhnya mendengar usikkan Shazlan. Kalau Shazlan menuntut sekali pun tiada dosanya... Itulah yang difikirkan oleh Ana. Walaupun Ana mengenakan syarat namun jauh dilubuk hatinya dia tetap mengharapkan kasih-sayang Shazlan. Cuma dia nak jual mahal sikit kerana dia pernah merana disebabkan oleh Shazlan.

Keesokkan harinya....

“Hai anak mama... Puas tidur malam tadi? Mata nampak membengkak je,” tegur mama Shazlan. Ana yang baru je melangkah keluar dari kamar tidur tak berani nak meneruskan pergerakkannya. Dia masuk semula ke dalam bilik tidurnya.

“Ala... Ni yang malas ni. Orang tua-tua ni kalaupun nak mengusik agak-agaklah sikit. Dahlah saudara-mara masih lagi lepak kat sini. Sekarang nak menyindir-yindir pula. Bukannya aku layan suami aku. Dia tidur kat atas lantai bertemankan bantal peluk je. Eeeeeeee... susahlah. Macam mana ni?” rungut Ana tanpa menyedari kehadiran Shazlan. Suami isteri sama je. Suka larikan diri. Shazlan tak mampu nak menghadap semua kat bawah lagi. Habis kecoh.

“Kesian abang kan?”

“Opocot. Mak kau...! opss...” pantas Ana menerkup mulutnya yang suka sangat melatah tu. Dia memang pantang ditegur tiba-tiba macam tu. Lebih-lebih lagi masa dia tengah rungsing fikirkan sesuatu.

“Melatah! Macam ni....”

“Dah. Abang jangan nak merapu pagi-pagi lagi.”

“Kesian abang kan?” sekali lagi soalan yang sama diajukan kepada Ana.

“Emm...Orang masih ramai ke kat bawah?” Ana segera menukar tajuk perbualan. Mahu tak mahu terpaksalah juga Shazlan jawab.

“Ramai. Tulah sebabnya abang naik semula kat atas. Dah makin menjadi mereka tu.”

“Ramai sangat ke?”

“Satu batalion ada kat situ. Ayang... abang tanya tadi tak jawab pun.”

“Apa benda?”

“Abang ni kesian kan???” Baru je Ana nak membalas.... tiba-tiba kedengaran pintu bilik mereka diketuk dari luar. Siapa pula tu?

“Ayang tolong bukakan pintu?” pinta Shazlan.

“Tak nak. Abanglah buka. Ana tak berani.” Mengelak lagi. Ana sebenarnya malu jikalau mereka menyoal yang bukan-bukan. Shazlan tersenyum mendengar kata-kata Ana. Lantas dia sendiri menuju ke arah pintu. Terperanjat dia sejurus pintu bilik terbuka luas.

“Mak oiii.... Ramainya yang sudi bertandang ke bilik pengantin.” Shazlan terluah apa yang terbuku didalam kepala otaknya ketika itu. Hadirin dah tergelak besar.

“Hai pengantin, tak nak turun menjamu selera ke? Atau dah terlebih kenyang?” Mulalah mereka nak mengusik. Ana dah tak dapat nak larikan diri. Segera dia melirik pandangan ke arah Shazlan, minta dibantu. Shazlan hanya tersengeh macam kerang busuk. Tak nak pula dia nak menyibuk.

“Ni nak turunlah.”

“Betul ke ni Ana? Atau saja nak mengelak dari kita orang. Dari tadi kami tunggu kat bawah tak juga kamu tu turun. Sampaikan suami kamu tu pun menghilang sama. Kalau ya pun sabar-sabarlah. Malam akan menjelang tiba lagi.” Makin galak mereka mengusik.

“Kak Min.... Saya naik semula nak ambil handset saya. Tak lebih dari tu.” Kini giliran Shazlan pula menyampuk. Dia kesian melihat wajah isterinya yang berubah tu. Dah sebiji macam cicak kena lestik.

“Betul ke???? Tapi kalau nak ambil handset kenapa lama sangat? Handset tak jumpa ke atau isteri yang tak jumpa.” Semakin menjadi kalau menjawab. Jadi, Shazlan dan Ana sama-sama mendiamkan diri. Tak nak masuk-campur lagi. Sedang galak mereka ditertawakan... Shazlan segera menarik tangan isterinya.

“Jom yang. Abang janji nak bawa ayang ke rumah kawan abang. Hampir terlupa pula.” Ana bagaikan pak turut hanya mengekori tanpa sebarang bantahan. Sampai kat kereta terus je Ana menyoal.

“Abang janji ngan kawan mana?”

“Tak de sapa-sapa. Saja nak lari dari dia orang.”

“Ooooo... Terima kasih abang.”

“Kasihmu abang dah lama terima.” Shazlan memandang tepat ke anak mata Ana sehingga menyebabkan Ana gugup.

“Ke...kenapa abang pandang Ana macam tu?”

“Ana... emmm.. Adik... sebenarnya abang...” Shazlan tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia masih lagi setia memerhatikan Ana. Dari anak mata... menuju ke bibir... Ana semakin hilang keruan.

“Abang?”

“Ayang... shhhhh... Jangan...” suasana kembali sunyi. Yang kedengaran hanya nafas kedua pasangan. Ana dah mula naik risau....

“Abang... kalau...”

“Adik... abang tak tahu nak mulakan macam mana. Tapi abang nak juga bagitau adik.”

“Abang, Ana nak minta satu benda dari abang.”

“Cakap jelah adik. Abang sanggup serahnya nyawa abang sekali pun.”

“Tolong hentikan panggil Ana ni adik.”

“Kenapa pula?”

“Abang, Ana ni bukan adik abang.”

“Abang tau.”

“Habis tu kenapa panggil Ana macam tu.”

“Sebab.. Ana ni... nampak... hmmmm... muka Ana tu nampak sangat muda dari abang walaupun beza umur kita hanya 5 tahun. Tapi tak pelah... depan orang abang tak panggil adik. Belakang boleh kan?”

“Abang, sedar sikit. Kita ni sekarang suami isteri.”

“Ooooo... ingatkan Ana tak sedar.”

“Hah...! Nak kenakan Analah tu.”

“Tak... Sebenarnya abang betul-betul cintakan adik.”

“Arrrrrrr???”

“Ya. Tak pernah abang cintakan sapa-sapa pun macam abang cintakan Ana. Tapi abang tak memaksa Ana untuk turut mencintai abang. Abang sanggup tunggu. Biar beratus tahun sekali pun. Kalau abang masih hiduplah.” Ternyata Ana terharu mendengar ucapan ikhlas dari suaminya itu.

“Abang...”

“Tak pe yang. Abang tak kisah...”

“Tak. Ana pun...”

Apa dia Ana pun??? Tak kisah juga ke?”

“Bukan... Sebenarnya, Ana pun sayang gak kat abang. Cuma sengaja je Ana buat macam tu. Nak seksa abang sikit. Balik-balik Ana yang rasa terseksa.” Akhirnya terluah juga.

“Betul............”

“Ya.”

“Kalau abang....”

“Nak tuntut pun boleh.”

“Nanti tak tuduh abang yang bukan-bukan.”

“Tak. Ni janji Ana.”

“Syukur! Sekali lagi abang rasa seronok sangat ni. Tak sangka isteri abang ni boleh terpikat ngan abang sebelum sempat abang menjalankan operasi memikat.”

“Oooo... Abang ada operasi tersendiri rupanya.”

“Alamak... Terbocor rahsia. Tapi... I love you.”

“Me too.” Sekali lagi pandangan mata Shazlan hinggap ke wajah Ana. Dari mata... ke bibir... Dan seterusnya... mulalah merayap ke merata. Ana terasa malu namun dia tetap control.

“Abang, kita kat dalam kereta sekarang. Kawal diri sikit.”

“Abang mana ada buat apa-apa yang tak senonoh. Masih waras lagi. Lainlah kalau sekarang...” sengaja Shazlan tidak meneruskan kata-katanya.

“Kalau sekarang apa abang?”

“Kalau sekarang ni kita kat bilik... minta maaflah ayang oii... abang pasti tak kan lepaskan ayang.”

“Dah mula abang ni.” jerit Ana sambil menghadiahkan cubitan maut buat suaminya.

“Terima kasih yang.”

“Untuk apa?”

“Untuk cubitan pertama ayang.” Tergelak Ana mendengar usikkan suaminya. Begitulah akhirnya mereka mengecapi kebahagian bersama. Tak disangkakan Ana akan menerima cinta Shazlan secepat itu. Padahal baru je 2 hari mereka hidup bergelar suami-isteri. Benci Ana pada Shazlan dah lama hilang. Sejak dia menerima lamaran Shazlan lagi. Kerana dia berjanji pada ibunya untuk menerima Shazlan sepenuh hati tanpa perasaan dendam. Tahniah kepada Shazlan kerana berjaya memikat hati isteri idamannya. Semoga berkekalan perhubungan mereka.

"Tebus Dosa"

“Ibu, tolong Ana bu. Ana takut petir ni,” jerit Ana. Sejak dari dulu lagi Ana risau, takut-takut disambar petir. Itulah siapa suruh degil sangat. Pn. Jamilah dah pesan awal-awal lagi supaya balik cepat tak pun bawa payung bersama bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Sedap-sedap je Ana menolak. Alasannya malas. Tengah tension macam tu, muncul pula kereta BMW Sports berwarna merah. Kecut perut si Ana. Kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapannya. Ana bersedia untuk mengambil langkah seribu.

“Adik, buat apa kat sini? Tak takut ke? Bahaya tau duk sorang-sorang macam ni. Rumah kat mana?” tanya pemandu kereta tersebut. Segak dan bergaya orangnya. Ana masih membatukan diri. Betul manusia ke mamat ni? Entah-entah....

“La, nape ni? Adik tak usahlah bimbang. Abang ni bukannya hantu pocong ke apa. Tengok kaki abang pijak bumi,” katanya seraya melangkah keluar dari kereta. Macam dapat baca je bisikkan hati Ana ketika itu. Siapa tak takut kan?

“Argg... tak.”

“Apa yang tak? Dah sah takut ni. Tak pelah. Mai abang tolong hantarkan,” pelawa jejaka tersebut. Baiklah pula. Tapi, entah-entah ada udang di sebalik batu.

“Emmm... Tak pe... a.. abang. Saya...,” belum pun sempat Ana meneruskan ayat biasanya, dah pula mamat tersebut menyampuk.

Kalau tak sudi tak kisahlah. Abang teman adik sampai hujan reda. Tak manis anak gadis bersendirian kat tempat macam ni. Sunyi pula tu.” Ana tidak menolak mahupun menerima tawaran lelaki itu. Kenal pun tidak. Tapi pandai-pandai pula bahasakan diri abang dan adik. Binggung! Dan lagi satu... Kalau dia nak teman kat situ, suka hati dialah. Tak ada kena-mengena dengan aku. Itulah yang difikirkan oleh Ana. Hujan ni pun satu, menggada-ngada. Makin lebat jadinya. Menyusahkan betullah. Tak cukup dengan tu berdentum bunyi guruh. Macam nak roboh je dunia ni. Ana tegak berdiri sambil memeluk tubuh, kerana hampir keseluruhan tubuhnya basah di timpa hujan yang semakin mengganas.

“Adik nak pakai kot abang tak?”

“Tak. Terima kasih,” jawab Ana dengan suaranya yang tergetar-getar kerana kesejukkan. Ana bukannya nak jual mahal. Cuma tak nak beri muka sangat kat orang yang tidak dikenali.

“Dum!”

“Ya, Allah!” jerit Ana sambil terpeluk lelaki tersebut. Terbeliak mamat tu dengan tindakkan refleks serta-merta Ana akibat bunyi guruh dengan diikuti kilat, seakan-akan mencari mangsa untuk disambar. Lelaki itu menilik wajah murni Ana. Setiap inci ditelitinya. Cantik! Buat seketika, lelaki tersebut lupa akan dosa yang bakal dia tempuhi. Entah kenapa, tiba-tiba tergerak hati lelaki tersebut untuk memperlakukan Ana seperti isterinya. Keadaan Ana memberi peluang kepadanya; kerana Ana tidak sedarkan diri ketika berada di dalam dakapan lelaki itu. Ana pengsan sejurus terpeluk lelaki tersebut. Akhirnya... hilang sudahlah kesucian Ana yang dijaganya selama ini buat insan yang bakal bergelar suaminya nanti. Hancur segala-galanya. Mahkota kewanitaan Ana diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya di dalam keretanya.

“Masya-allah! Apa dah aku lakukan ni? Ya Allah! Mana perginya imanku? Aku... a.. adik... bangun... Ya tuhan! Aku perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Ya, aku akan kahwin dengan dia,” rintih lelaki itu. Menyesal dengan sifat kebinatangannya sebentar tadi. Namun apakan daya, walau air mata darah sekali pun dia titiskan, tiada gunanya. Dia telah memusnahkan hidup seorang gadis.
Perlahan-lahan kelopak mata Ana dibuka... “Ah!” jeritnya sambil tanganya menyilang menutupi sebahagian tubuhnya yang terdedah. Tahulah dia sudah.... dirinya telah dinodai.

“Kau... kau... binatang. Sampai hati kau.” Ana mula menangis teresak-esak. Hancur segala harapannya.

“Adik, abang minta maaf. Abang bersalah. Abang... sanggup terima adik. Kita nikah ya.”

“Lepas. Lepaskan aku. Aku benci laki macam kau. Tunjuk lagak baik. Syaitan!” Ternyata Ana tidak termakan pujuk rayu lelaki itu. Pantas sahaja Ana menyarungkan kembali baju kurungnya. Dia kecewa dengan apa yang terjadi kepadanya.

“Adik, please.” Lelaki itu sekali lagi cuba memujuk Ana yang sedang pantas meninggalkan tempat jahanam itu.

Sekembalinya Ana ke rumah kediamannya, Pn. Jamilah terkejut besar melihat wajah pucat Ana. Perlukah aku ceritakan pada ibu? Berkali-kali persoalan yang sama menghantuinya. Bagaimana mungkin dapat dia terangkan. Tiada gunanya.

“Ana, nape ni? sakit ke?”

“Bu, sebenarnya.... achum!” terbersinlah pula. Ni macam petanda menghalang Ana daripada meneruskan niatnya.

“Hish, budak ni. Tulah suka sangat mandi hujan. Dah sakit diri sendiri jugak yang susah,” bebel Pn. Jamilah.

“Susah sebab sakit tak pe, bu. Kalau...” terhenti on the spot kata-kata tersebut. Tak sampai hati nak sedihkan ibunya yang dah banyak menanggung kesengsaraan ditinggalkan oleh seorang insan yang bergelar suami... Kata lainnya ayah kepada Ana.

“Kalau...?”

“Hamm... tak delah bu.”

“Dah! Pegi mandi. Pas tu turun makan,” arah Pn. Jamilah.

“Ya, bu. Tapi Ana tak lapar. Selamat malam, bu.” Pn. Jamilah sedikit pelik melihat perubahan Ana. Dia tidak ceria. Malahan nampak lesu semacam. Sepanjang malam Ana berendamkan air mata.

Manakala di rumah lelaki tersebut.... tiada kurangnya. Mama, papa mahupun isterinya tidak di tegur walau sepatah perkataan pun. Rupanya mamat tersebut dah pun mendirikan mahligai. Cuma tidak seindah mana. Mereka tidak pernah hidup seperti pasangan lain. Isterinya mencintai jejaka lain dan masih lagi setia mencintainya. Lelaki itu tak sudah-sudah menyesali peristiwa tadi. Akan aku mencari semula gadis itu. Dosaku perlu di tebus. Itulah yang difikirkan olehnya. Dia memang menyesal teramat sangat.

Begitulah saban hari kelakuan Ana mahupun lelaki itu. Kehidupan mereka lebih dikerumuni kesedihan. Ana disebabkan kehilangan dirinya sendiri manakala lelaki itu disebabkan tindakkan kejinya. Puas juga Pn. Jamilah cuba mengorek rahsia yang membuntui anak tunggalnya itu. Tidak juga dia berjaya. Sehinggalah, pada suatu hari Ana menyatakan hasratnya untuk bekerja di salah sebuah Syarikat Elektronik yang terletak di PutraJaya. Pada mulanya Pn. Jamilah tidak bersetuju. Tetapi, melihat kesungguhan anaknya terpaksa juga dia akur. Lagipun bukannya jauh sangat tempat tu. Hanya 20 minit sahaja perjalanan dari kawasan perumahan mereka.

“Ikut suka Analah. Ibu malas nak halang. Tapi, jaga diri. Janji pada ibu.”

“Ya bu. Ana janji. Dont worry.” Ana segera kembali semula ke kamarnya. Sedih! Terpaksa memberikan janji yang telah pun terhancur dengan sendirinya beberapa bulan lepas. Syukurlah kerana tidak pula Ana pregnant ekoran daripada peristiwa tempoh hari. Sebenarnya Ana menerima surat tawaran kerja sebagai setiausaha daripada Syarikat Elektronik Adam.

Ini merupakan hari pertama Ana di Syarikat Elektronik Adam. Cemas pun ada perasaannya ketika itu. Maklumlah first time nak bekerja. Sebelum ni dia sekadar ajar tuition buat pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Lumayan juga pendapatan yang diperolehi. Tapi, terpaksa berubah arah. Dia tertekan setiap kali terpandang wajah ibunya. Dia takut terpecah rahsia yang terpaksa di telannya seorang diri itu.

Ana diperkenalkan kepada semua staf yang berada di situ ketika itu. Senyuman terukir di wajah Ana. Tak bolehlah nak buat sombong. Lagipun dia sudah pastinya memerlukan pertolongan daripada mereka nanti. Boss Ana, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40’an, baik orangnya. Tuan Azman.. Itulah nama yang di perkenalkan kepadanya. Kini, dah genap dua minggu Ana di situ. Cukup bahagia dia bersama kawan-kawan baru. Peristiwa hitam itu sedikit sebanyak dapat juga dia lupakan.

“Ana, ko pernah jumpa boss yang sorang lagi tu tak?” Siti bertanya sambil tersenyum kambing. Mesti ada apa-apa.

“Boss yang mane? Kan aku orang baru kat sini.”

“Ya tak ya juga. Handsome giler. Ko tau dia baru je cerai ngan isteri dia. Perempuan tu curang. Ngandungkan anak ntah sapa-sapa.”

“Hisk, kau ni. Tak baik kata cam tu. Fitnah namanya. Biarlah. Lagipun tu their life. Tak de kena-mengena ngan kita semua. So, let we do our own works.” Ana tak suka masuk campur hal peribadi orang lain.

“Taklah bukan nak ngata. Cuma... boss tu baik sangat. Dia tak suka pandang serong mana-mana perempuan. Ntah nape dia dapat yang cam tu. Lagi satu sejak tiga empat bulan lepas, dia nampak cam tak bermaya je. Kami confuse jugak. Tapi, tak kan nak pegi tanya kot.” Siapa agaknya boss tu? Kenapa tak diperkenalkan kepadaku? Ana terlalu leka memikirkan hal tersebut sehingga tidak sedar dia dihampiri oleh Tuan Azman.

“Ana, jauh termenung.”

“Oh, mak kau. Eh! Emm... Maaf, Tuan Azman. Tersasul. Hamm.. apa yang boleh saya bantu?” Ana terkejut sebenarnya apabila tiba-tiba disergah oleh bossnya yang seorang tu.

“Emm... nothing much. Just nak bagitahu, boss sebenar Ana dah sampai. Dia outstation sebelum ni. Sekarang Ana akan teruskan kerja Ana dibawah penyeliaan Tuan Shazlan. Is it all right for you?”

“Yup. Tak de masalah. As long as boss tu baik macam Tuan Azman.”

“Tak. Dia lebih baik dari saya. Sure you will be more confortable working with him. Trust me.” Kata-kata dari Tuan Azman sebentar tadi sedikit sebanyak memberi rangsangan kepada Ana. Tak perlulah dia takut sangat. Ana mengekori Tuan Azman menuju ke tingkat dua. Sedih juga sebab terpaksa berpisah dengan member-membernya. Kalau dulu dia bekerja di tingkat tiga. Kini, kena pula berpindah ke tingkat dua.

“Shaz, let i introduce your new secretary... Cik Adryana... or just call her as Miss Ana. Pekerja paling cun.” Sempat juga Tuan Azman bergurau. Boss baru Ana menoleh. Terperanjat kedua-duanya.

“You?” laung Ana.

“Ana, what happen? You know him before?” sibuk je Tuan Azman nak tahu. Tetapi, akhirnya mati hasratnya apabila Shazlan meminta mereka ditinggalkan bersendirian. Dengan wajah sedikit mengerut Tuan Azman meninggalkan mereka berdua.

“Adik...” lembut sahaja Shazlan memanggilnya. Ana cuba menahan sebak. Lelaki yang dibencinya kini berada di depan matanya.

“Aku nak resign.” Hanya itu sahaja yang terluah oleh Ana. Dia tak sanggup bekerja dengan lelaki yang merosakkannya.

“Please. Listen to me first.” Suaranya masih lagi lembut. Seperti mengharapkan perhatian daripada Ana.

“Nak dengar apa lagi. Ko bersalah sebab... sebab...” tak sempat dia nak habiskan kata-katanya apabila tiba-tiba sahaja Shazlan mencapai dan memegang erat pergelangan tangan Ana. Tindakkan spontannya menambahkan api kemarahan dalam diri Ana.

“Apa ni? Lepas. Kalau tak...”

“Kalau tak... apa???”

“Lepas...”

“Dengar dulu penjelasan abang. Memang salah abang. Sebab tu abang...”

“Cukup. Stop it. Please let me go. We are not husband and wife. You dont have the rights to touch me again,” sergah Ana. Tangisannya semakin menjadi. Perlahan-lahan pegangan Shazlan dileraikan. Dia tak sanggup melihat Ana menangis.

“Ok. Tapi adik have to work here until your contract end. Lama tau. Two years. Kalau nak resign gak, have to pay ganti rugi pada syarikat. A lot you know.” Ana tiada pilihan lain. Terpaksa juga akur. Mana dia nak cari duit untuk bayar kat syarikat? Luka lama kembali lagi. Bagaimana Ana nak bersemuka dengan lelaki itu setiap hari?

Kini, dah hampir dua bulan lamanya Ana menapak di bawah penyeliaan Shazlan. Dirinya begitu diambil berat oleh Shazlan walaupun mendapat balasan buruk darinya sendiri. Sedikit pun lelaki itu tidak berputus asa. Kesian juga Shazlan. Ana bukan sengaja nak lakukan begitu. Setiap kali dia cuba menerima Shazlan, peristiwa hitam itu menerajah. Hinggakan menambahkan kebencian pada dirinya. Seperti biasa, Ana pulang ke rumah sejurus kerja di pejabat diselesaikan olehnya tanpa sebarang cacat-celanya.

“Ana, ibu nak cakap sikit. Boleh tak?”

“Nape ni bu? Formal sangat.”

“Anak ibu ni dah banyak sangat berubah. Tulah terpaksa minta kebenaran.”

“Ibu? Emm... ok. Jom kita berbincang.”

“Ana, bu terima risikkan dari keluarga Dato’ Samier. Macam mana? Nak terima ke?”

“Sapa Dato’Samier tu bu?”

“Ntah. Bu pun tak kenal. Tapi, nampak cam baik je.”

“Bu, Ana tak nak.”

“Nape, Ana? Sekarang umur Ana dah nak masuk 28 tau. Tua dah tu. Nak jadi an dar tu ke?”

“Anak dara tua lah bu....”

“Bu tanya betul-betul ni. Dia gi main-main pula.”

“Ana tak leh bu.”

“Yalah, nape?”

“Sebab...”

“Sebab Shazlan. Betul tak?”

“Bu?”

“Ibu tau semuanya. Sejak Ana terserempak semula ngan Shazlan kat pejabat. Dia terus je datang jumpa ngan bu. Dia dapatkan alamat dari maklumat staf. Dia dah cite semuanya. Memang dia salah. Tapi, dia nak kahwin ngan Ana. Dia nak langsaikan hutangnya.”

“Ana tak sanggup bu. Janganlah paksa Ana.” Kata-kata muktamad dari Ana tidak dapat di jawab oleh Pn. Jamilah. Tegas juga si Ana ni. Keras kepala sama macam ayahnya. Bisik hati kecil Pn. Jamilah.

Ana tidak lagi bersemangat ke tempat kerja. Dia malas nak berdepanan dengan Shazlan. Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui niat sebenar Shazlan untuk memperisterikannya. Bukan mudah buat Ana untuk melupakan peristiwa hitam itu. Walaupun dia dah tak layak untuk menerima sesiapa pun lagi. Dengan susah payahnya, terpaksa juga Ana bangkit menuju ke pejabatnya. Dia sampai seperti biasa. Awal... Lebih awal daripada staf-staf yang lain. Tiada siapa kelihatan disitu. Kecualilah bilik Shazlan yang terang-benderang oleh cahaya lampu.

“Awallah pula dia ni sampai,” luah Ana pada dirinya sendiri.

“Cakap pasal abang ke?” Terperanjat Ana. Bila pula dia ni sampai kat belakang aku? Buat malu je. Macam mana nak cover.

“Perasaan betullah Tuan Shazlan ni.”

“Adik, nape masih nak jauh dari abang. Nape adik tak leh nak terima abang?”

“Please. Jangan ungkit lagi. Tak sanggup saya nak...”

“Adik..., abang ikhlas. Bukan sebab abang dah sentuh adik. Tapi, abang memang suka kat adik sejak mula-mula tengok adik. Bagilah abang peluang tebus dosa abang,” Shazlan sudah bertekad untuk memujuk Ana.

“Saya tak nak kahwin. Bukan dengan Tuan Shazlan aja tapi dengan sapa-sapa pun.”

“Adik, abang orang pertama yang sentuh adik. Dan biarlah jadi orang terakhir yang akan sentuh adik. Percayalah abang ikhlas. Family abang pun dah lama setuju. Adik janganlah musnahkan diri adik. Padahal yang berdosanya abang. Kalau adik tak nak maafkan abang pun tak pe. Yang penting adik jadi isteri abang. Abang janji tak kan sentuh adik tanpa kebenaran adik,” panjang lebar Shazlan menerangkan kepada Ana. Niatnya satu sahaja ketika itu. Ana menerimanya.

“Tapi...”

“Abang tau adik tak dapat lupakan perkara itu. Kan abang mengaku kesalahan abang. Bagilah abang peluang,” pinta Shazlan sekali lagi. Ana serba-salah. Memang dia patut bersyukur kerana Shazlan sanggup bertanggungjawab. Cuma...

“Emm... baiklah. Tapi ada syaratnya.”

“Syukur! Apa syaratnya. Abang sanggup penuhi.”

“Abang tak dibenarkan menuntut hubungan kebatinan dari Ana. Ana belum bersedia.”

“Abang janji. Abang sanggup tunggu sehingga adik emmm.. Ana.. benar-benar menerima kehadiran abang.” Tak kisahlah walaupun Ana sekadar menerima Shazlan untuk kebaikkan diri sendiri. Yang penting Ana berubah dan bersetuju menerima pinangan Shazlan. Akan aku buktikan bahawa aku adalah suami yang terbaik buat Ana... Gadis yang tiada kurang hebatnya jika dibandingkan dengan wanita-wanita lain diluar sana. Tetap menjaga kemuliaan diri.