20 August 2020

APABILA DIA, KEMBALI!!!!


              Pagi yang indah, namun tidak membahagiakan buat aku, insan yang bernama Intan Asnida. Rasa kecewa yang menggunung tidak dapat aku buang ke tepi walaupun aku tahu, siapa aku untuk mempersoalkan takdir yang telah dititipkan oleh-NYA. Sepatutnya pagi ini, majlis sebelah lelaki di raikan oleh ahli keluarga dan sanak-saudara. Namun, apakan daya.. sejurus selepas diijab-kabulkan, aku dijatuhkan talak oleh sang suami yang tidak pernah aku kenali sebelum ni. Kerana percaya bahawa pilihan keluarga adalah yang terbaik, maka kini aku terpaksa membayar erti sebuah kekecewaan. Adakah aku berdosa kerana tidak pernah mengambil tahu perihal bekas suami aku? Malahan wajah dia juga aku tidak pernah lihat walau sekali pun. Aku sekadar sempat melihat belakang badan dia sahaja sebelum ini. Segala urusan dilakukan oleh ahli keluarga pihak lelaki. The best part, tiada upacara pembatalan air sembahyang sekalipun. Hanya sekadar akad yang wajib. Aku pelik, tetapi tetap berfikiran positif sehinggalah jiwa aku dibunuh tanpa belas. Jika perkahwinan ini tidak mendapat persetujuan dia, maka mengapa tidak dia hentikan sebelum lafaz nikah? Kenapa mesti menunggu saat aku sudah bergelar isteri? Sedih, kecewa malah benci aku semakin mendalam. Kerana itu, aku membawa diri ke Pulau yang sunyi sepi dikala ini.
           
Aku berjalan menyusuri persisiran Pulau Papan, Labuan. Jauh sungguh aku melarikan diri dari kemelot yang melanda aku. Aku juga tidak pernah peduli kepada deringan telefon bimbit sejak dari hari pertama aku disini. Kini sudah seminggu aku bersendirian melayan jiwa. Aku perlukan masa untuk menenangkan diri sebelum kembali ke tempat asalku. Semoga aku mempunyai kekuatan untuk bersemuka dengan semua.

            “Aduh!” Siapa pula yang aku langgar ni? Segera aku mengangkat muka untuk melihat siapa yang jadi mangsa aku. Tergamam! Aku dah langgar seorang lelaki. Mak, serius sungguh raut wajah dia. Namun seketika sahaja, pandangan dia menjadi sedikit lembut. Aku malas nak layan, sebab keputusan drastik yang telah aku ambil sejak bergelar janda berhias adalah no men in life. Cukup sekali.

            I’m sorry. Cik okay?” soal lelaki tersebut.

            Sorry.” Sepatah kata dari aku. Aku mengatur langkah meninggalkan lelaki tersebut. Entah kenapa, aku sedikit tidak selesa dengan pandangan mata dia. Dia merenung jemari aku. Mungkin dia hairan, mengapa pengantin baru keseorangan. Mungkin!

            “Cik.. or should i call you Puan?” Jeritan lelaki itu kuat kedengaran. Beberapa pasang mata memandang membuatkan wajah aku sedikit membahang. Kurang asam betul mamat ni.

            What is your problem?!” soalku tanpa mempedulikan nada suara aku yang sedikit meninggi. Gaya samseng pun ada.

            “Oh, no problem. Just nak pulangkan purse you. Tercicir masa langgar tadi kot.” Aku termalu sendiri. Namun, aku buat wajah se-selamba boleh. Aku mendekati lelaki tersebut, dan mendapatkan kembali barang milik aku.

            Thank.” Ucapku ringkas.

            “Cik okay?” Sekali lagi dia ulang soalan yang sama. Aku semakin pelik. Jangan kata dia tahu aku ni dah diceraikan pada hari yang sama aku dinikahkan sudah.

            Aku angguk sebagai balasan kepada soalan dia. Aku terus berpaling seraya melangkah pergi. Aku pasti dia masih memerhati. Kenapa, aku rasa sakit disini? Tangan aku letak didada.... Perlahan-lahan, titisan air mataku kembali membasahi wajahku yang tiada seri kini. Setiap titisan begitu setia menemani aku sejak kebelakangan ini. Dan suara lelaki itu, mirip dia... Lelaki yang berjaya menghancurkan aku menjadi serpihan kecil. Aku kini umpama kaca yang telah retak seribu.

            Selepas sebulan aku di sini, aku kembali semula ke Ipoh, Perak. Pasti ibu dan ayahku risau memikirkan kehilanganku selama sebulan. Aku perlu kuat. Kemungkinan aku bakal bertemu kembali dengan bekas suami aku. Bila-bila masa kami bakal terserempak. Dan sebolehnya aku ingin elak daripada bertemu semula dengan dia sebab aku takut. Aku tidak pernah kenal wajah dia, sekiranya dia muncul dan berlakon untuk menambahkan lagi luka dihati pun aku tidak akan sedar. Cukuplah sekali.

            “Intan, kemana kau pergi nak? Ibu separuh nyawa cari kau.” Ibu meluru ke arah aku dan aku hanya mampu melepaskan tangisan pilu di bahu Ibu.

            “Alhamdullilah, akhirnya anak Ayah kembali.”

            “Maaf Ibu, ayah. Intan balik ni pun sebab nak maklumkan. Esok-lusa mungkin Intan dah nak kena pergi ke Kelantan. Intan minta transfer sebab Intan tak kuat untuk hadapi sekali lagi benda ni.”

            “Intan nak tinggalkan kami?” soal Ayah.

            “Intan terpaksa, Ayah.”

            “Kenapa Intan? Sebulan Intan tinggalkan kami. Sekarang Intan nak pergi lagi?”

            “Ayah, Intan takut terserempak dengan lelaki tu semula.”

            “Imran dah pindah keluar. Ayah tak pasti kemana mereka sekeluarga. Kerana Imran, habis satu keluarga menanggung malu. Imran tu dah ada pilihan hati tetapi tidak mendapat restu parents dia. Kalau pun parents dia paksa, dia sepatutnya berterus-terang dengan kita. Sekurang-kurangnya kita dapat hentikan majlis ni. Entahlah Intan.. Bila Ayah tanya kenapa buat anak Ayah macam ni, dia hanya diam. Keruh muka dia masa tu. Yelah, masa dia jatuhkan talak, mungkin dia tak sedar musibah yang akan dia bagi kat kita. Dengan tiba-tiba Intan pula hilang. Habis kecoh jadinya. Kami semua mencari. Imran pun.” Penerangan Ayah belum mampu melegakan gelodak jiwa aku. Aku tidak mahu tahu perihal mereka lagi. Cukuplah dengan apa yang dah terjadi. Biarlah dia dengan kehidupan dia. Kini, aku akan pastikan tiada lagi nama Imran didalam hidup aku.

            “Ayah, Ibu, tolong izinkan Intan pergi. Intan tak lari. Intan hanya beralih udara supaya kenangan pahit ni dapat Intan buang terus dari hidup Intan. Still, kita masih boleh berjumpa. Please...Kalau duduk sini, everything yang terjadi seperti ulang tayang je Ayah. Keep on running on my head. Bagi Intan masa, Ayah.”

            “Bang, let her go. Isna rasa dia perlukan tempat baru untuk bangkit semula. Mungkin dia boleh jumpa someone yang akan terima dia untuk seumur hidup. Who knows! Kuasa Allah, bang.” Sekali lagi aku lari ke dalam dakapan Ibu yang sentiasa memahami aku. Aku nampak Ayah mengeluh sebelum menghulur tangan ke arah aku. Aku sambut dan seterusnya memeluk erat Ayah yang tidak pernah berkasar walau sekali pun. Kasih mereka tetap aku sanjungi.

            “Terima kasih, Ayah. Terima kasih, Ibu. And Intan minta ampun sebab dah buat Ibu dan Ayah susah hati. Intan pergi tanpa sebarang kata masa tu. Intan berdosa tapi Intan tahu Ibu dan Ayah faham keadaan Intan. Intan berjanji, lepas ni Intan akan sentiasa menghubungi Ibu dan Ayah. Tak lama Intan pergi.. mungkin dalam setahun dua. Kebetulan ada kekosongan jawatan Administator kat sana. Syarikat bumiputera, boss recommedation untuk sementara waktu. Dengar kata, syarikat tu milik saudara dia kot.”

            “Hati-hati kat tempat orang. Kami mendoakan yang terbaik untuk Intan.” Doa Ibu dan Ayah mengiringi aku. Semoga ada sinar bahagia menanti... Amin!

 

***********

 

            Mengapa aku ada rasa sedikit cuak ketika melangkah masuk ke dalam Syarikat Syam & Syah. Janganlah sesuatu yang buruk berlaku lagi. Aku menarik nafas panjang supaya tenang berhadapan dengan majikan baru.

            “Assalamualaikum, saya Intan Asnida. Saya diminta untuk berjumpa dengan En. Nur Ahmad Syameel. Ini surat daripada Teguh Amanah.” Aku memulakan mukadimah.

            “Waalaikummusalam Cik Intan. Sila ikut saya,” balas cik receptionist bersama senyuman manis. Aku balas ala kadar. Bukan niatku untuk menyombong,.... Entahlah, sejak aku dikecewakan, sukar untuk aku ukirkan senyuman seperti selalu.

            Aku dibawa ke sebuah ruang besar yang terdapat dua buah pintu masuk. Satu pintu tertulis nama N.A.Syameel manakala sebuah pintu lagi terukir nama M.I.Syah.

            Boss, Cik Intan Asnida is here.”

            “Ya Mira, panggil dia masuk. Thanks.” Suara garau itu memberi arahan. Makin berserabut kepala aku ketika ini. Aduh, dengar suara je pun dah kecut perut. Apakah petanda kurang baik? Be professional, Intan! Aku menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk.

            “Assalamualaikum, Encik.” Ucapku ringkas.

            “Waalaikummusalam. Jemput masuk.” Aku telan air liur apabila terpandang kelibat seorang lagi lelaki didalam. Dua-dua pandang aku macam aku ni ada buat salah la pula. Sungguh aku tidak gemar keadaan seperti ini. Aku berdehem halus membetulkan anak tekak. Baru rasa lega bila masing-masing mengawal pandangan mata.

            “Saya Intan Asnida. I’m from Ipoh. En. Fakirul minta saya serahkan surat ni pada Encik,” terangku tanpa dipinta. Wajah aku pucat. Kalau toreh mesti darah pun segan nak keluar.

            “Ya, Uncle ada inform saya. I’m your new boss. Panggil je Syam. By the way, this is Syah. Partner saya. Saya harap awak dapat bekerja dengan tenang di sini.”

            “Hai, Intan. Just call me Syah. Welcome on board.”

            Thanks. Saya harap Encik berdua boleh memberikan tunjuk ajar kepada saya sementera saya bekerja disini.” Aku macam pernah tengok la salah seorang daripada mereka ni. Kat mana agaknya?

            “Cik Intan, I think I know you.” Hah! Kan dah cakap. Dia pun macam kenal aku. Ala, masa ni la otak tak dapat nak proses maklumat asas.

            “Oh, so lame la, Syah! Ayat nak jual minyak pula dah.”

            “Ishk, ko ni...! Aku memang kenal sangat dengan Cik Intan. Cuma tak sempat nak rapat.” Aku hanya setia pandang diaorang berdua. Gaduh-gaduh manja lah pula mereka ni.

            “Encik, bila agaknya saya boleh mulakan kerja?” Pantas aku bertanya. Malas nak buang masa di bilik yang aku rasa makin panas ni.

            “Errr, hari ni pun boleh. I will call HR untuk bawa awak berkenalan dengan pekerja-pekerja lain terlebih dahulu sebelum ke kabin awak,” balas Encik Syam.

            “Ya, I got it!” Terperanjat aku... Mamat ni! Tiba-tiba pula.

            “Ko ni Syah!” Dia tersengeh. Sedar kot kesalahan dia.

            Sorry. Tak sengaja. Cik Intan, you kan yang terlanggar dengan I kat Pulau Papan? Remember?” Mata aku membulat terus. Yelah, patut ada rasa aura yang menakutkan tadi. Aku hanya mampu angguk bak burung belatuk. Risau mencengkam jiwa dikala ini. Perasaan apakah ini?

            “Tak sangka kita akan berjumpa kembali. I memang berdoa semoga kita bertemu untuk I selesaikan semuanya.” Aku dah pelik! Apa maksud lelaki ni? Selesaikan semuanya? Aku dah buat apa-apa benda yang tak patut ke? Kenapa aku rasa lain macam je ayat dia. Double meaning!

            “Syah?”

            “Ops, maaf Syam... Saja je, aku mengusik. Suka pula aku tengok Cik Intan kita cuak macam ni.” Memang nak makan penampar agaknya mamat ni. Sengaja buat aku takut. Ada aku tak sempat kerja kat sini karang...

 

*****************

 

            Cepatnya aku berjaya membiasakan diri di sini. Layanan yang diberikan juga cukup bagus, walaupun kadang-kadang terasa seperti diperhatikan sahaja. Buat masa ni, aku belum betul-betul rapat mahupun bergaul mesra dengan mereka semua. Entahlah, apa yang aku masih takutkan. Kadang-kadang aku perasan juga Encik Syah cuba untuk berbual mesra dengan aku. Maaflah Encik! Aku sudah tetapkan pendirian, tiada peluang bagi mana-mana lelaki untuk mendekati aku. Cukup, pengajaran yang aku dapat.

            “Intan, betul ke you ni Janda?” Aku terkejut. Bagimana rakan sekerja aku tahu ni? Ku lihat senyuman sinis terbit pada wajah Linda, Financial Controller di sini merangkap kekasih Encik Syah. Sejak dari hari pertama lagi aku dapat rasa Linda tidak pernah terima kehadiranku. Atas sebab apa, aku kurang arif. Aku mengalihkan pandangan pada rakan-rakan sekerja yang lain. Masing-masing seperti menantikan kebenaran. HR pula nampak sedikit gelabah. Mungkin dia secara tak sengaja terkongsikan maklumat peribadi aku. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Aku serba-salah... Perlukan aku buka kembali pekung didada? Mahu kah mereka percaya jika aku katakan bahawa aku tidak tahu kenapa aku dijatuhkan talak? Mampukah aku berhadapan dengan mereka semula selepas ini?

            “Intan?” Suara lembut Encik Syam menegur. Aku menoleh, dan mataku yang sarat dengan air mata, tunggu masa untuk mengalir keluar.. berlaga dengan pandangan mata Encik Syah yang berada di sebelah Encik Syam.  Jangan bagi aku pandangan simpati sebegitu! Aku rasa malu...

            “Sa...saya na.. nak minta balik, Encik Syam..” tergetar-getar dah rasa segala sendi aku.. Aku tidak tunggu lagi disini. Lantaklah dapat kelulusan dari boss atau tak.. Semua tu aku tolak tepi.. Aku memandu laju pulang ke rumah. Aku menghamburkan segala kesedihan aku dibalik pintu rumah. Sungguh, aku belum betul-betul kuat nampaknya. Perlukah aku lari? Sepatutnya aku jeritkan sahaja kepada mereka semua yang aku tak pernah minta untuk menjadi janda di usia 22 tahun. Salah aku ke kalau lelaki itu yang mementingkan diri sendiri? Aku mengadu lagi kepada yang Maha-Esa.. Dia lebih mengetahui segala-galanya..

            Aku kembali semula ke pejabat selepas dua hari tidak hadirkan diri. Kepada En. Syam, aku khabarkan aku mengambil MC. Memang aku tiba-tiba tidak sihat gara-gara terlalu banyak berendam dengan air mata.

            Aku terserempak lagi dengan Linda. Dalam hati aku memohon, semoga Tuhan berikan aku kekuatan untuk bersemuka dengan sebarang masalah yang aku pasti akan berbangkit kembali.

            “Hai, dah sihat?” Senyuman Linda membuatkan aku sedikit pelik. Tiba-tiba tunjuk baik semacam je.

            “Alhamdullilah, semakin sihat.” Jawabku senafas.

            So, you tak bagitau I lagi. You janda kan?” Nampak gayanya Linda tidak akan berpuas hati sekiranya perkara itu tidak aku jelaskan kepada dia. Aku tarik nafas sedalam yang boleh. Aku perlu tenang. Aku sudah tidak peduli pandangan keji diaorang ke atas aku.

            “Ya, saya janda.”

            “Bila you kahwin?”

            Almost two months ago.”

            “Oh, baru lagi. So, kenapa cerai?”

            “Kenapa..? Sebab.. sebab tiada jodoh.”

            “Klisenya... takde jodoh ke takde dara?” Tersirap darah aku mendengar ayat selamba Linda. Dia ingat aku ni perempuan murahan ke? Sakitnya hati.. Ya, Allah... Bagilah aku kesabaran.

            “Linda, actually apa masalah awak ya? Perlu ke saya jelaskan kenapa saya dijatuhkan talak bila mana saya sendiri tak tahu apa kesalahan saya? Perlukan saya jelaskan yang saya diceraikan sejurus selepas saya dinikahkan? Perlukah saya tegaskan yang dia dah ada pilihan sendiri dan dia sanggup menghancurkan hati saya tanpa sempat saya kenal pada dia. Perlukah saya jelaskan yang saya dah terlalu parah melayan perasaan sebelum ni. Perlukah saya jerit pada semua yang saya tidak pernah minta benda ni terjadi kat saya. ” Aku luahkan tanpa memandang pada wajah sesiapa pun yang berada di pejabat ketika ini. Fokus aku hanya pada Linda.

            Well, I actually tak kisah pun..” What! Perempuan ni memang sengaja nak cabar aku ke? Dia nak malukan aku depan semua orang kat pejabat ni ke? But why? Apa kesalahan aku kepada dia..

            “Kenapa Linda?” soalku lemah.

            Simple, jangan berani you cuba untuk rampas kembali boyfriend I. That’s it. Kalau tak, you akan terima nasib yang lebih malang dari ni.” Ugutan Linda membuatkan aku pelik. Apa kena-mengena kekasih dia dalam hal peribadi aku. Rampas kembali maksud dia...? Pernah ke aku berhubungan dengan kekasih dia, En. Syah tu.. Rungsingnya aku..!

            “Linda, stop all this crap. Kenapa buat perangai macam budak-budak tak matang ni!?” suara tegas En. Syah kedengaran dibelakang aku. Aku kaku disitu. Sejak bila mamat ni ada kat situ..? Mesti mereka semua akan pandang serong kepada aku saat ini. Aku kan janda yang memang kebanyakkan kaum perempuan benci. Takut aku goda suami diaorang la kot. Aku belum segila itu.

            “Syah, I ada sebab I tersendiri. You nak ke I bagitau semua sebab I buat semua ni? I tak kisah, kalau itu yang you nak.”

            “Linda, please! Benda ni bukan salah dia.. You pun tahu kan?”

            “Sampai bila Syah... Sampai bila You nak I diam. Sejak dia muncul, I dah hilang kepercayaan ke atas you. Jangan ingat I tak nampak. I can see everything.” Aku lihat En. Syah meraup wajah. Keruh kelihatan riak dia ketika ini. Aku tidak faham apa yang sedang berlaku. Ku lihat semua yang berada dipejabat sudah mula bercakap sesama mereka. Kali ini pun mesti aku juga yang akan dipersalahkan. Dugaan apa lagi ini, Ya Tuhan....

            “Linda, I’m sorry. I hope benda ni biar sampai sini sahaja. Jangan besar-besarkan lagi.” Pinta En. Syah. Suara dia jelas dan bersahaja. Aku pun malas nak fikir macam-macam lagi. Aku melangkah ke arah kabin aku. Tekad aku kali ini, jangan dilayan umpatan siapa pun.. Biarkan mereka dengan spekulasi mereka. Hal peribadi aku, biar aku selesaikan sendiri. Tak guna aku cuba tegakkan benang yang basah, bila mana benang tersebut tetap juga akan tenggelam kedalam air. Hidup aku pun dah lemas, sekarang ni tinggal jasad je sedang meneruskan kehidupan seperti biasa. Jadi, pedulikanlah mereka!

 

*****************

 

            “Kau tau Biah, aku dengar Cik Linda cakap yang Intan tu dah hilang dara. Sebab tu kena cerai dengan suami dia.” Suara setiausaha En. Syam kedengaran jelas didalam pantry. Aku tak jadi hendak melangkah masuk. Tak habis lagi rupanya cerita ni.

            “Eh, betul ke? Tengok Intan macam tak layan pun mana-mana lelaki. Susah nak percaya la, Ina.”

            “Betul la kot. Ala, perempuan macam Intan tu mana nak layan orang kerja biasa-biasa. Kau tak perasan ke, bos kita berdua tu je yang dia layan. Tengok bos tu pun macam angau je dengan dia.” Mereka ni sanggup fitnah aku. Aku tak pernah terfikir nak ada hubungan dengan bos dua orang tu. Bukan mereka aja, dengan sesiapa pun aku tidak mahu.

            Especially En. Syah kan...? Kalau tak, kenapa Cik Linda nak serang dia haritu kan.. lagi, En. Syah sempat nak selamatkan Intan. Nampak sangat kan,” luah Ina. Aku geleng kepala. Hanya itu je aku mampu buat. Aku melangkah keluar, malas dah nak masuk pantry. Hilang dah niat nak pekena secawan kopi panas. Haiya, mereka semua ni. Aku terperanjat bila terserempak dengan En. Syam dan En. Syah. Lagi panas terasa muka aku. Dahlah kena gosip dengan diaorang.

            “Maaf Intan. Tak pasal-pasal awak kena. Semua sebab Linda.” Luah En. Syah. Aku hanya senyum sumbing. Dah tak tahu nak react macam mana.

            “Saya pun minta maaf Intan. Pandangan diaorang tu tajam rupanya. Memang nampak jelas agaknya yang saya dah terjatuh suka kat awak,” balas En. Syam pula. Terbeliak mata aku! Gila apa ke pakcik ni. En. Syah pun aku nampak terkedu. Yang muka pakcik seorang ni merah apa kes pula?

            “Oh?” Aduh, kenapa aku memberi respon sebegitu pula!

            “Oh je? Awak dengar tak..” Aku angguk dan geleng. Diaorang pun ikut je.. Dah kenapa pula kami bertiga ni.

            “Saya ikhlas sukakan awak, Intan. From the very first day I saw you...” tambah En. Syam lagi.

            “Maaflah En. Syam. Saya tak dapat halang kalau Encik suka saya sekalipun. Dan saya juga tak boleh paksa diri saya untuk suka Encik mahupun orang lain. Saya dah serik, Encik. Saya tak berminat untuk menjalini hubungan walaupun sekadar berkawan. Sebab, saya sedar kedudukan saya. Saya ni janda, Encik. Title tu saya akan biarkan kekal seumur hidup saya Encik,” luahku jelas. Kedua mereka kulihat tergamam. Mungkin kerana ketegasan aku kali ini. Aku senyum pahit. Pandangan mataku berlaga dengan En. Syah. Dia kelihatan serba-salah dan tampak seperti gusar. Dan aku juga tidak pasti mengapa hati aku sentiasa sakit apabila terlihat kelibat En. Syah. Hati aku seperti mempunyai daya tarikan ke arah dia. Aku tidak faham dan mungkin tidak akan cuba untuk faham. Aku mengorak langkah ingin pergi dari suasana yang terasa panas ketika ini.

            “Tunggu, Intan! If one day, awak ditakdirkan bertemu kembali dengan bekas suami awak.. apakah awak sudi memaafkan dia?”

            “Siapa saya untuk maafkan dia, En. Syah. I’m nobody. Kerana itu saya ditinggalkan dulu. Dia mungkin sedang berbahagia sekarang dengan pilihan hati. Cinta boleh buat orang buta, Encik.” Aku senyum lagi. Kali ini, senyuman manis aku hadiahkan buat mereka. Pandangan lembut En. Syah hampir membuat aku cair. Aku tegakkan badan, sekali lagi ingin melangkah pergi tetapi suara dia berjaya menahan aku.

            How if I say I know him and he is not happy at all with what he have done to you, Intan? How if I...

            “Jangan pernah cuba kenalkan dia kepada saya, Encik.” Aku tegaskan prinsip aku. Aku memang lari ke Kelantan untuk mengelak daripada ketemu dengan dia.

            “Saya bukan nak kenalkan dia, Intan. I just wanted you to meet him once. He might suffering too. He might need you too..

            Stop it, Encik Syah! Saya tak nak jumpa dengan lelaki yang dah hancur-lumatkan hati saya. Kenapa dia tak pernah berterus-terang sebelum majlis kami? Kenapa dia tunggu selepas saya bergelar seorang isteri? Kalau dia hentikan semua di saat terakhir sebelum bergelar isteri, mungkin saya akan pertimbangkan untuk berjumpa dengan dia.” Aku meluahkan apa yang terbuku didalam hati. Suara sayu aku bergema kuat.

            “Intan, I tak pernah berniat..” Namun kata-kata En. Syah terhenti separuh apabila Linda bertepuk-tangan seperti meraikan sesuatu.

            “Saat yang I tertunggu selama ini. Well, Intan.. You should be so proud kan bila berjaya pikat kedua-dua orang jejaka hot Malaya. So, you tunggu apa lagi. Just pilih yang mana satu you nak.” Aku hadiahkan kelima-lima jari ke wajah ayu Linda. Aku dah cukup bersabar sebelum ini.

            “Awak memang cabul kan, Linda. Awak paksa saya tampar awak. Awak ingat saya ni perempuan jenis yang macam mana? Gatal? Awak silap, Linda. Saya tak akan pilih mereka berdua. Saya telah pun pilih Allah untuk seumur hidup saya. Saya tak perlukan lelaki untuk jadi peneman saya sampai ke Jannah. Cukup kalau ada Allah untuk saya. Saya tak layak untuk sesiapa pun. Jangan cabar saya lagi, Linda. Awak boleh bawa pergi kekasih awak menjauhi saya.” Panjang lebar aku meluahkan rasa sebal hati aku.

            “Linda, biar I settlekan masalah ni. You don’t need to interfere, please.”

            “Syah, I dah puas pujuk you sebelum ni. Tapi you degil. Now let me do my part. Dan Intan, you mungkin akan benci I tapi I tak kisah. I perlu ambil peluang ni, untuk bagitau you perkara sebenar. Talak jatuh ke atas you, because of me. Kerana cinta Mohd Ikram Syah ke atas Roslinda Iriani.” Telunjuk Linda dihalakan kearah En. Syah. Aku terkedu. Perlahan-lahan, air mata berguguran jatuh diwajah sepiku. Aku melurut jatuh ke atas lantai. Lemah segala sendi aku saat ini. Patutlah aku rasa semacam setiap kali berhadapan dengan dia. En. Syah turut melutut didepan aku yang masih teresak-esak menangisi nasib diri aku. Dia cuba sentuh jemari aku.

            Don’t you dare to touch me! Saya bukan isteri awak!”

            “Intan, saya tak berniat nak buat awak macam ni. Saya cari awak untuk betulkan balik semua. Saya jumpa awak kat Sabah. Tapi dalam keadaan awak yang tertekan macam tu, saya memang tak boleh nak buat apa. Setiap kali berdepan dengan awak, saya turut terluka Intan. Saya rasa bersalah sangat. Saya nak tebus balik kesilapan saya. Izinkan saya rujuk balik, Intan.” Aku tergelak sumbang dalam tangisan. Buat lawak apa pula dia ini.

            “Rujuk? Kau sedar tak apa yang kau cakap? Tiada istilah rujuk balik dalam kes aku ni.” Bahasa aku mula berubah kasar. Kerana sakit hati, aku dah tak hiraukan lagi kalau aku dicop kurang ajar sekali pun. Dia ni jahil agama ke apa... Isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi tiada iddah. Dan yang penting aku ni  masih anak dara yang berpangkat janda muda. Damn, dia!

            “Kita kahwin.”

            “Jangan buat lawak bodoh kau kat sini. Sila hadam baik-baik... Aku tidak mahu berkahwin dengan sesiapa pun. Lagi-lagi dengan kau!” Dia meraup wajah dia yang semakin kusut.

            “Intan, jangan macam ni sayang. Izinkan saya merawat luka yang telah saya beri pada awak. Saya khilaf Intan. Please I need you, Intan. Saya cintakan awak. Bodohkan saya...! Saya jatuh cinta dengan awak selepas saya jatuhkan talak ke atas awak.”

            “Tolonglah Encik. Saya tak nak. Jangan paksa saya terima balik benda yang saya dah buang jauh dari hidup saya. Encik ada Linda. Encik lakukan semua ni kerana Linda, then why you tak kahwin aja dengan dia. She is the one mean for you.” Aku cuba melembutkan hati. Aku tidak mahu digelar perampas pula lepas ni. Linda menghampiri aku dan perlahan-lahan menarik aku kedalam dakapan dia. Aku cuba meleraikan, tetapi tidak berjaya. Begitu kejab dia memeluk aku. Nasib kau perempuan, Linda! Kalau tak, kau jangan salahkan aku bila tiba-tiba kaki aku naik ke muka ayu kau tu.

            “Intan, you ingat I ni kejam sangat ke? I actually sengaja cari gaduh dengan you sebab I nak Syah mengaku. I tahu Syah suka you. I memang tak setuju dari awal lagi tindakan Syah. I dah cakap dengan jelas, tanpa persetujuan keluarga I memang tak akan terima Syah. Lepas benda macam ni dah jadi, lagi I tak nak. Gila apa nak rampas suami orang. Macam dah tak de yang solo. Tu Encik Syam awak tu pun boleh tahan handsome juga. I can choose him.” Sempat diselit gurauan pula si Linda ni. Dia tergelak kecil.

            “Linda, dia milik awak. Dia bukan suami saya. Dia tu kekasih awak. Dari dulu hingga kini,” balasku.

            “Dulu, ya... Sekarang nope sebab I sedar yang dia dah tak cintakan I lagi. Sekarang ni pun, kalau I dengan Syam tak berlakon memang sampai bila-bila pun Syah tak berani nak mengaku. Betul tak Syah?”

            “Berlakon apa pula ni Linda, Syam?”

            “Nak bagi kau cemburu, aku sengaja luahkan perasaan pada Intan tadi. Memang aku suka dia, as my sister. Sebab tu aku nak yang terbaik untuk dia. Moga kau berjaya pujuk dia. Good luck my dear friend.” En. Syam pun rupanya tumpang sekaki dengan Linda. Aku memang dah terduduk diam. Tiada lagi air mata. Aku dah tak tahu macam mana lagi nak elak dari mereka. Dahlah kitaorang jadi bahan tontonan umum. Buat drama kat tengah-tengah pejabat. Malu kot! Diaorang ni pun satu, agak-agaklah nak berlakon pun. Kulihat En. Syah sedikit tersenyum. Sukalah dapat sokongan ramai.

            “Sayang, say something please. Saya ikhlas. Jangan bagi alasan awak janda, sebab saya sendiri pun duda. Saya duda awak. Awak janda saya. Why don’t we tukarkan kepada hubungan yang lebih mulia. From duda-janda jadi kanda-dinda.”Berpujangga bagai pula orang tua ni..

            “Bagi saya masa untuk berfikir, Encik. Bukan mudah untuk saya terima awak semula selepas saya dikecewakan. Bukan saya tak terima takdir yang telah ditetapkan untuk saya. Tapi entahlah, berat rasa hati nak menerima. Saya takut.” Aku berterus-terang. Mungkin pada orang lain, semua yang terjadi ni benda kecil.

            Okay, I give you 10 minutes to think. Sebab sekarang pun saya dah rasa kita dah buang banyak masa. I do really wants you to be by my side forever. Demi Allah, akan saya jaga awak Intan..”

            “Saya tak boleh ambil keputusan dalam keadaan ni, Encik. Jangan paksa-paksa boleh tak?” Tak faham bahasa si duda aku ni. Senang je dia ni kan, kahwin bila nak, cerai bila tak nak... sekarang dah serupa gila talak pun ada. Haila, aku belum cerita dengan keluarga aku lagi.

            “Intan, jangan tipu hati awak lagi. Saya tau awak memang dah lama suka kat saya. Saya nampak sinar mata awak tu. Pasal keluarga, Intan tak perlu bimbang. Sekejab lagi saya jelaskan semuanya kepada mereka. Saya hanya perlukan jawapan awak.”

            “Saya nak kena..” kata-kata aku dicantas.

            Yes or not? Saya hanya nak dengar either one. But I prefer the first word. Or else sayang boleh terus say I Love You.” Gila lelaki ni. Aku tampar kang! Malas nak layan perangai tiga suku dia, aku bangun dan terus berlalu pergi. Lantak dialah. Aku dah cakap aku perlukan masa untuk berfikir. Aku buntu untuk membuat keputusan sekarang. Lebih afdal jika aku balik rumah, aku kena tenang dulu sebelum buat solat Istikharah. Kalau ada jodoh... tak akan kemana..

            Sudah tiga hari berturut-turut aku lakukan solat istikharah. Aku lebih tenang kini. Marah, kecewa, benci semuanya hilang begitu sahaja. Aku yang tak pernah bermimpikan untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup ini telah berubah arah. Aku juga ingin bahagia seperti orang lain. Linda telah mengambil tindakan lebih drastik dari aku. Dia telah menerima En. Syam sebagai pasangan. Rupanya mereka berdua dah pakat lama, sejak hari pertama aku melangkah kaki ke Syarikat ini. Siapa sangka Linda sanggup korbankan cinta dia untuk aku. Dia bukan kesiankan aku.. Katanya dia pulangkan hak aku. Sungguh kadang-kala aku tidak faham perangai orang disekeliling aku, dengan En. Syah yang saban hari terpacak depan aku, pujuk-rayu. Padahal pada keluarga telah aku nyatakan keputusan aku untuk menerima dia. Peluang terakhir aku berikan kepada dia dan kepada diri aku juga. Dia dah tahu keputusan aku tapi masih sibuk mengayat aku.

            “Encik ni dah kenapa? Saya dah terima tapi masih lagi mengacau ni,” soalku geram. Ada aku tolak balik lamaran kau kang!

            Yes, you are. Tapi awak belum berterus-terang dengan saya. Awak guna keluarga sebagai wakil. Kali ni, saya tak nak campur-tangan parents. Saya nak dengar dari mulut awak sendiri Intan. Do you love me?” Wow! Straight to the point. Segannya aku. Dia ni ingat aku ni pernah bermain dengan cinta ke? Tak pandai nak malu.

            “Kan saya dah cakap yang saya terima Encik.”

            “Terima dengan cinta tak sama, sayang. Kadang-kadang terima boleh je terjadi dalam keadaan terpaksa. Cinta pula tiada paksaan, ya terbit ikhlas dari hati.”

            “Saya ikhlas.”

            “Maksud?”

            “Kan Encik cakap cinta ni terbit ikhlas dari hati.” Senyuman manis terukir pada wajah bakal suami aku. Dah aku tertunduk malu. Sungguh aku segan nak bertentang mata dengan dia.

            You do love me, am I right?” Aku diam. Nak jawab ke tak...? Dia ni selalu berjaya buat aku berdebar. Masih nak aku mengaku rupanya.

            Yes.” Balasku ringkas dan berlari anak masuk ke dalam pejabat. Dia kat belakang sana nak terlompak suka dan sempat dia menjerit bagi seluruh bangunan dengar agaknya.

            I love you too.” Adui, mamat ni... Memalukan sungguh. Namun aku tetap tersenyum lebar. Siapa sangka aku akan kecapi bahagia apabila dia, kembali!     

 

 

 

No comments: