Langkah kaki ku atur pantas. Ke mana
lagi kalau bukan ke villa Encik Rahman. Aku perlu berjumpa dengan anak
gadisnya, Sulianna. Aku ada perhitungan yang perlu diselesaikan.
“Eh, Shahrul? Masuklah… Kenapa
terpacak je kat depan tu?” sapa Pn. Jamilah mesra.
“Err… Auntie… Sulianna ada tak? Nak jumpa dia sekejab.” Aku terpaksa
memaniskan muka. Tak kan aku nak tunjuk tahap kebengganganku pada Pn. Jamilah
yang cukup baik sifatnya itu. Entah macam manalah budak perempuan ni boleh
lahir kat keluarga ni… Ishkkkk apa yang aku merepek ni….
“Oh boleh… Tapi masuklah dulu. Budak
bertuah tu baru bangun. Masih mandi lagi rasanya. Semalam memang dia ada pesan
yang Shahrul akan ke mari.” Kurang asam punya budak perempuan. Macam tahu-tahu
je aku nak datang serang dia hari ni. Siap kau kejab lagi….
Aku duduk menunggu budak gila tu
turun. Raut wajahku memang nampak tegang. Aku pasti Pn. Jamilah juga sedar tapi
dia pura-pura buat tidak tahu. Mungkin malas nak masuk campur.
“Hai Shahrul… How are you today? You looked so hot. I mean your face. Ada masalah
ke? Tegur Sulianna selamba. Sikit pun tak rasa bersalah.
“Kau… Hei…. Perempuan Saiko… Ak…”
Terhenti serta-merta perkataan seterusnya apabila terlihat kelibat Pn. Jamilah.
“Jemput minum Shahrul.”
“Ya, Terima kasih auntie.” Sulianna ketawa kuat selepas
Pn. Jamilah meninggalkan kami berdua. Aku memandang pelik ke arah dia. Eee… aku
tengah tegang dia pula gelak-gelak macam langsiur…
“Awak ni lawaklah… Depan mama bukan
main lagi ya… Pijak semut pun tak mati. Kalau awak datang nak marah saya…
silalah. Saya ni tak ceria kalau tak dengar bebelan awak.”
“Eeee.. kau nie memang ada masalah
mental ke? Apa yang kau cakap kat Wani hah? Kau ingat senang ke aku nak ayat
dia. Balik-balik kau hancurkan. Apa masalah kau ni?” jerit aku. Lantaklah sapa
nak dengar pun.
“Cakap apa? Saya hanya tolong awak.
Budak Wani tu dah 4 kali tukar pasangan. Takkan saya nak biarkan awak masuk
perangkap dia. Kita kan family friend.
Saya ada hak atas awak.”
“Tengkorak kau! Hak apa yang kau
ada? Hak musnahkan kebahagian aku. Macam tu? Yang aku paling tak tahan…. kau
cakap kita ni dah bertunang.” Ternyata Sulianna sikit pun tidak terasa.
“Apa salahnya… Kalau awak nak malam
ni jugaklah kita boleh bertunang.”
“Bodoh.. Kau ni memang tak tahu malu
ya…”
“Ha..ha..ha.. memang saya tak tahu
malu. Tapi kat awak je. Saya jadi macam ni pun sebab awaklah. Sapa suruh awak
ayat saya dulu.”
“Kan aku dah terangkan… Aku buat
macam tu sebab nak bagi Intan cemburu. Itu sahaja.”
“Tapi awak silap. Patutnya awak
bagitahu saya dulu. Ni tak… Awak buat saya terperasan lepas tu baru nak
terangkan perkara sebenar. Saya pun ada perasaan jugak tau. Bukan tunggul. Jadi
saya tak boleh nak terima alasan awak tu. Awak yang mulakan, maka saya akan
tamatkannya. Dan awak… ni amaran saya… jangan berani nak cari perempuan lain.
Awak hanya akan nikah dan hidup dengan saya. Kalau awak cari jugak saya tak
teragak-agak gunting muka awak tu.” Terbeliak aku. Aku menyentuh dadaku yang
berlari kencang menahan rasa terkejut. Budak ni tak padan dengan kecil tubuh
badan mengugut aku pulak.
“Suka hati akulah nak cari sapa
pun.”
“Ok… sebelum kahwin awak nak setia
pegang title playboy tu silalah. Tapi
lepas awak jadi milik saya… Jangan harap! Sekarang awak boleh balik. Saya malas
nak berperang dengan awak.” Selamba badak budak saiko ni menghalau aku. Huh,
siap kau! Aku mendengus kasar sebelum menapak keluar.
Aku geram kerana diperbodohkan oleh
Sulianna. Aku pasti akan balas dendam di atas sikap selamba dia tu. Tapi
tulah.. aku tak tahu apa yang aku boleh buat untuk menakutkan dia. Aku tengok
dia sikit pun tak gentar dengan amarahku, malahan siap mengugut aku.
………………………………………………………………………………………………………
“Woi!” Terperanjat aku… Eeeee… ada
aku luku kepala si Amir ni kang.
“Kau ni tak pandai bagi salam ke?
Tak habis-habis nak sergah orang.” Kuss semangat. Lemah sendi tulang aku.
“Kau tu yang duduk termenung. Aku
bagi salam bagai nak rak pun kau tak layan. Kau ni ada masalah ke? Lain macam
je aku tengok.”
“Semua sebab perempuan saiko tu. Dia
seksa aku lah Mir. Aku dah hilang akal. Tak tahu nak buat apa lagi. Aku dah
cakap cara baik, dia tak dengar. Aku dah gertak pun dia buat selamba badak je.
Naik pening aku bila sekarang dia pula yang ugut aku.”
“Ha..ha…ha… Sorry.. Tergelak. Tulah kau. Pergunakan budak tu dulu sebab nak
pujuk awek kau yang keberapa puluh entah. Last-last
putus jugak,” sindir Amir. Sengaja nak kenakan kawan karibnya.
“Mir, baik kau diam. Aku tengah
rungsing ni.”
“Hmm… aku ada idea. Ni pun consider as gertak jugalah. Tapi versi
yang agak keterlaluan. Itupun kalau kau setuju.”
“Macam best je.. Apa tu? Aku no hal.
As long as aku boleh matikan sikap
perempuan tu. Itu dah lebih dari cukup. Aku tersenyum panjang mendengar setiap
bait perkataan yg dibisikkan oleh Amir. Ya… macam mana aku boleh tak terfikir
perkara itu sebelum ni. Pasti kali ini aku akan berjaya mematahkan tembok ketenangan
Sulianna binti Rahman. Yes!
“ Tapi kau jangan lebih-lebih pulak.
Biar berpada-padalah ya. Kalau berlebihan takut memudaratkan pulak. Apa pun dia
perempuan.”
“Yang tu kau tak yah bimbanglah Mir.
Taulah aku macam mana nanti.”
………………………………………………………………………………………………………
Aku mengatur strategi untuk
menakutkan Sulianna. Sengaja aku menghubunginya agar berjumpa denganku di bilik
hotel bernombor 555 yang telah aku tempah sebentar tadi. Kau yang cabar aku
Sulianna! Kali ini aku pasti kau akan mengalah. Lamunanku terhenti apabila
terdengar bunyi ketukkan di pintu. Aku mengintai melalui lubang kecil di
belakang pintu. Ya.. SAIKO dah sampai. Aku tersenyum riang. Aku membuka pintu.
Terpaku sebentar melihat Sulianna. Hmm… Cantiknya! Ya dia memang nampak ayu
apabila mengenakan sepasang baju kurung. Taklah macam selalu, seluar jeans
lusuh bersama T-Shirt lengan panjang bersaiz besar.
“Lama tunggu?” sapa Sulianna lembut
sambil bibirnya mengukirkan senyuman paling manis aku kira.
“Emm… tak juga. Masuklah. Aku ada
benda nak discuss dengan kau,”
balasku.
“Err.. eh tak pelah. Saya rasa tak
elok kalau saya masuk. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah pula,” jelas
Sulianna.
Tapi aku ni jenis degil. Saja aku
buat-buat tak faham bahasa. Yelah kalau dia tak masuk macam mana aku nak
jalankan muslihat aku. Lantas aku menarik lengan Sulianna agar melangkah
seiring denganku ke bilik hotel tersebut.
“Awak ni kenapa?” Soal Sulianna
terkejut dengan tindakanku yang agak melampau tu. Pandai-pandai je bawa masuk
anak dara orang.
“Kenapa apa? Baguslah kalau kena
tangkap basah. Kau juga yang nak kahwin dengan aku kan? Ini peluang terbaik
tau.”
“En. Shahrul, saya memang nak kahwin
dengan awak. Tapi bukan kahwin free ok.”
Aku gelak. Perlahan-lahan tombol pintu aku kunci dari dalam. Aku suka pula
tengok muka cuak Sulianna. Padan muka!
“Aku dah decide. Sanggup terima kau. Tapi lepas kau layan aku hari ni. It’s just an advance first night.
Boleh?” Aku lihat mata bundar Sulianna makin membesar. Mungkin tidak menyangka
aku akan meminta dirinya. Aku bukan serius pun sebenarnya. Gertak je!
“Awak giler ke? Dahlah tepi…! Saya
nak balik.” Spontan aku menarik Sulianna yang hampir membolos keluar ke dalam
pelukkanku. Masing-masing terkaku sebentar, sebelum pantas diriku di tolak.
“Su,” panggilku lembut. Ishk… kenapa
dengan aku nie? Tiba-tiba dadaku berdebar semacam.
“Saya nak balik. It’s not nice for us to be here in private.
Jumpa nanti.” Aku menghalang dia buat kali kedua. Aku kini berdiri betul-betul
di hadapan Sulianna. Jarak kami terlalu hampir, sehingga aku dapat merasai bau
wangian yang dipakainya. Aku teragak-agak mengusap pipi gebu Sulianna. Entah
kenapa aku tiba-tiba jatuh sayang pada dia. Cintakah ini?
“Shahrul, no please. Saya tak sanggup. Saya nak balik,” pinta Sulianna sambil
cuba mengalih tanganku yang masih setia singgah di pipinya. Aku tau dia takut.
Itulah pun niat aku sebenarnya. Tapi hantu mana entah yang merasukku. Aku
seakan terpaku menatap bening mata milik Sulianna.
“Kenapa?”
“Awak bukan suami saya.”
“Kau nak aku kan?”
“Kalau ini gaya awak… Maaf saya tak
sanggup. Baiklah, saya tarik diri. Saya tak kan ganggu awak lagi. Puas hati!”
“Betul ni?”
“Saya janji.” Namun aku tetap tidak
melepaskan Sulianna. Walaupun aku kini sudah bebas dari saiko yang
merungsingkan aku. Aku menarik Sulianna ke dalam pelukkanku. Erat. Aku sedar
dia meronta minta dilepaskan. Semakin dia meronta semakin kejab aku memeluknya.
Kenapa dengan aku nie?
“Awak… lepaskan saya. Kan saya dah
janji tak kan ganggu awak lagi.” Rayuan Sulianna tidak memberikan sebarang
kesan ke atas diriku. Aku menundukkan sedikit wajahku. Fokusku kini bibir
mungkil si saiko. Tanpa pamitan aku menerima tamparan hebat dari Sulianna.
Perit! Aku cuba menghampiri dia buat kali ke berapa entah. Walaupun jelas
kulihat air mata menitis laju di wajah Sulianna. Sememangnya aku dah gila.
“Tok..tok..tok…” Ketukkan di pintu
menyedarkanku. Aku tergamam melihat kelibat empat orang lelaki berserban, ayah,
ibu dan tidak ketinggalan Pn. Jamilah bersama Encik Rahman.
“Masya-Allah! Kamu berdua
bersendirian dalam satu bilik? Jadi betullah kata pak Abu. Dia nampak Shahrul
tempah bilik dan beberapa minit kemudian Sulianna pula muncul. Ya Allah! Apa
nak jadi dengan kamu berdua nie?”
“Mama… tak.. say…saya…” kata-kata
Sulianna terputus akibat hadiah dari Pn. Jamilah yang singgah di wajahnya
sebentar tadi. Kesian Sulianna. Terpaksa menanggung beban yang telah dicetuskan
oleh aku. Aku cuba menerangkan kedudukkan sebenar namun hampa kerana tiada yang
sudi mendengar mahupun mempercayaiku.
………………………………………………………………………………………………………
“Aku terima nikahnya Sulianna binti
Rahman dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai,” sekali lafaz sahaja kini
aku bergelar suami kepada gadis yang telah aku rosakkan maruahnya dikalangan keluarga.
Sungguh aku rasa amat berdosa.
“Sulianna, ishk termenung pulak
budak ni. Tu suami kamu lama tunggu kamu salam dan cium tangan dia.” Aku hanya
memerhatikan wajah Sulianna dalam diam. Cukup unik ciptaan Allah. Hampir
sempurna. Aku terpegun. Namun aku perasan raut wajah kurang senang Sulianna.
Jelingan maut aku terima sebagai hadiah perkahwinan.
Terpaksalah aku terima sekiranya
Sulianna membenciku. Semuanya salah aku. Gurauanku akhirnya membawa padah,
sehingga sanggup memusnahkan kepercayaan gadis ini yang aku yakin amat
mencintaiku. Tapi itu mungkin dulu.. Kini aku amat pasti dia terluka. Luka
itu.. hmm… aku perlu cari jalan untuk mengubatinya. Ya Allah, bantulah hambamu
ini.
“Sulianna….” panggilku lembut seraya
melabuh punggung duduk di atas katil peraduanku, yang kini akan ku kongsikan
dengan Sulianna. Itu pun kalau dia sudi. The
best part is aku dah alihkan sofa panjang keluar dari bilikku. Aku tak nak
Sulianna tidur disana. Mungkin sebab aku dah jatuh cinta pada sepasang mata
milik Sulianna ketika di bilik hotel beberapa minggu lepas. Alasan… sebenarnya
aku jatuh cinta pada pemilik mata itu.
“What?”
jawab Sulianna sedikit kasar.
“I’m
sorry.”
“I
hate you.”
“Hah?” Eee… budak ni… lain aku cakap
lain dia jawab.
“Sulianna..” sekali lagi aku cuba
nak memancing perhatiannya.
“Apa masalah ni? Jangan ganggu
saya,” jeritan Sulianna bergema. Aku terdiam. Alahai kerasnya hati isteri aku
ni. Panggil pun boleh kena marah. Tak pelah. Baik diam je. Biar dia cool dulu. Aku masih melirik ke arah
Sulianna.
“Apa pandang-pandang!” Amboi ayat
seruan.. Aku tersengeh sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ala.. baru
ingat nak tanya tak panas ke asyik bertudung. Buka jelah. Bukan aku nak terkam
dia. He..he..he… kalau aku cakap macam tu entah-entah terbang botol bedak ke
arahku.
Aik… baru je aku kutuk dia.. Boleh
pulak selamba badak dia buka tudung depan aku. Walaweyyyyy… cun abis. Grrrr….
alamak… tak keruan aku macam nie… Memang confirm
nak kena terkam minah nie. Giler ayu dia tanpa tudung. Rambut dia pun… Fuh! memang
first class. Hmm…. tapi apa nak buat…
Terpaksa kawal gelora jiwa ni. Kang aku main redah je tak pasal-pasal dia makin
benci kat aku. Malam ni terpaksalah aku telan air liur je. Tak pe… Sabar. Dah
ok nanti siaplah kau minah. Aku tak bagi keluar bilik punya. Mulalah aku jadi
miang-miang keladi nie. Ala… tak pe… dengan isteri sendiri pun. Mengaku isteri
pulak dah. Bukan sebelum ni aku yang bersungguh-sungguh nak elak dari dia.
Sekarang apa sudah jadi?
“Hah! Nak ke mana tu?” Soalan aku
tinggal sepi ditiup angin bayu. Tidak langsung mendapat respond munasabah dari dia. Berlagaknya… Dulu punyalah
terhegeh-hegeh nak kat aku.. Sekarang nak jual mahal pulak. Ishk.. Apa aku
melalut nie? Tak pe… ada masa aku akan buat kau pulak tunduk kat aku. Masa tu
baru kau tau tinggi dan rendahnya antara langit dan bumi.
“Kedebub.”
“Cabut pintu tu siap awak. Saya
gi..”
“Saya gi apa? Menyampah betul!”
Aik
sempat lagi dia menjawab lepas dihempasnya pintu tu. Ganas sungguhlah perempuan
ni. Yang mulut aku ni pun satu, tak sayang tuan sungguh. Nasib tak sempat aku
sebut gigit tadi. Tak dapat aku bayangkan kalau dia belasah aku malam-malam
macam ni.
Dah
sebulan aku mendirikan rumah-tangga yang tak berapa nak tangga dengan perempuan
saiko sorang ni. Ishk, tak baik sungguh kata isteri sendiri macam tu.
Saiko-saiko pun aku tetap sayang dia. Tapi yang tak bestnya dia dah jadi sangat pendiam. Tak macam dulu! Dulu sekejab
pun dia tak pernah nak senyap. Ada je nak naikkan darah aku. Rindunya aku kat
dia yang dulu. Aku pun nak bahagia macam orang lain jugak. Nak rasa belaian
seorang isteri. Puas juga aku cuba nak pujuk dia, tapi tak jalan langsung.
Sedang
aku mengelamun sorang-sorang, tetiba teringat satu insiden yang terjadi antara
kami. Giler gugup aku masa tu. Jangankan dia, aku sendiri pun dah merah muka. Yelah
masa tu aku baru bangun tidur sebab semalaman sibuk menyiapkan design bangunan seperti yang diminta
oleh pihak atasan. Dengan selamba badak aku serbu masuk bilik air sebab dah tak
tahan nak terkuncil. Terlepas satu jeritan yang membingitkan telinga. Tergugat
iman aku bila melihat keadaan isteri tersayang. Sempat mata aku merayap
sebentar. Cepat-cepat dia tarik tuala menutupi tubuh yang terdedah. Berubah air
muka kami. Tapi aku jugak yang untung. Hahaha.... Sejak dari kejadian itu aku
sering terbayang-bayang sesuatu yang unik miliknya. Tak salah! Dia isteri aku yang sah. Segala-galanya hanya milik aku
seorang. Aku pasti sikit masa lagi kami tetap akan bersatu sebagai
suami-isteri.
Sulianna
makin menjauhi aku sejak kejadian aku terlihat sesuatu yang berharga miliknya.
Sering-kali aku cuba menghampirinya. Dia pula aku melarikan diri. Mungkin dia
masih malu.. ke dia marah sebenarnya? Aku tak pernah berniat nak ambil
kesempatan di atas kesempitan yang ada. Yang pasti aku amat mencintai si Saiko,
isteri sahku yang suatu ketika dulu amat aku benci. Betullah kata pepatah,
jangan terlalu membenci nanti jatuh hati. Memang padan dengan muka aku pun. Kan
dah Allah terbalikkan keadaan. Dulu aku jual mahal. Sekarang dia pulak yang
jual mahal. Hmmm... aku dah betul-betul gila sekarang. Gila bayang!
“Su.....”
seruku lembut. Semoga engkau lembut hati wahai Isteriku yang tercinta.
“Apa!”
“Amboi
garangnya. Janganlah garang sangat sayang. Abang tau salah abang. Tolonglah
maafkan abang. Sungguh hati ni terlalu kesal atas apa yang terjadi.”
“Baguslah
kalau awak menyesal. Senang untuk lepaskan saya.” Dushhhhh...! Bagai petir menyambar
hati kecil aku.
“Bila
pulak abang cakap nak lepaskan Su? Abang actually
menyesal pasal incident 5 months ago.
Kalau abang tak ikut cadangan gila Amir, tak mungkin Su bencikan abang kan.
Sekurang-kurangnya ada insan yang tergila-gilakan abang. Abang tiba-tiba rindu
kenangan dulu. Rindu pada kenakalan seorang gadis yang cukup berani memikat
abang.” Aku lihat wajah Sulianna sedikit memerah. Ni sebab malu ke marah? Aku confius sekejab.
“Ooo...
So Amirlah dalangnya.” Alamak!
Terlepas sudah. Sorry Amir. Hamba tak
sengaja. Kerana santan pulut binasa, kenapa mulut badan binasa.
“Errr...
tak jugak. Mungkin 50% je salah Amir. Salah abang pulak 100%. Tapi dalam
kekesalan terbit jugak rasa gembira. Kalau tak kerana peristiwa tu, tak mungkin
abang jatuh cinta. Sungguh abang tak pernah sangka bagaimana perasaan cinta
yang sebenar sebelum ni. Walaupun abang kerap benar tukar teman wanita. Tapi
tiada seorang pun dari mereka yang berjaya buat abang jatuh cinta. Hanya Su, sekelip
mata buat abang cintai Su.”
“Pang!” Mak oiiii... peritnya rasa
pipi ni. Diluar jangkaan aku! Kenapa dia tampar aku ni? Suasana romantik hilang
begitu sahaja. Mama, help me. Sakit
ya amat.
“Jangan berani sebut cinta!” jerit
Sulianna sambil kaki melangkah laju ke kamar. Segera aku mengekori langkah
kakinya yang semakin panjang. Belum sempat pintu bilik tertutup rapat aku
menghalang. Aku masuk dan terus pintu ku kunci. Sulianna kelihatan kaget.
Mungkin takut menghadapi sebarang kemungkinan. Tapi ada aku kisah. Kalau dulu
dia anak orang kini sah milik aku. Aku tak takut pada makluk yang ketiga tu!
“Kenapa tampar abang?” Sengaja aku
keraskan suara. Ku lihat dia telan air liur. Tau takut! Ingin sahaja aku gelak
lepas. Tapi mana mungkin. Lagi naik lemak si saiko ni nanti.
“Errr... saya tak sukaaa..”
“Tak suka apa!” Sengaja lagi. Memang
tak nak bagi dia peluang bersuara. Tau pun terkebil-kebil. Aku menghampiri
Sulianna. Semakin aku dekat semakin dia undur. Hingga akhirnya dinding
menghalang dia melangkah lebih jauh. Aku kepung dia. Kedua-dua belah tangan aku
letakkan pada dinding. Dia kini seakan-akan berada dalam pelukkanku. Mata
bundar Sulianna kelihatan sedikit membesar.
“Sulianna selalu nak cabar abang
kan?” soalku lembut. Begitu lembut. Aku memang berniat nak goda dia. Aku lihat
dia terkedu.
“Awak jangan macam-macam Shahrul.”
Suara Sulianna bergetar. Takut ke? Atau berdebar-debar.
“Hmmm...” bisikku sambil menghidu
bauan pada helaian rambut panjang Sulianna. Makin mengelabah Sulianna. Gelak
jahat hampir terletus. Tapi aku sedaya upaya tahan. Kali ini
aku tekad.
Mahu mengharu-birukan perasaan Sulianna. Jangan nanti aku yang tersungkur sudah.
“Pakai shampoo apa ya? Wangilah sayang.”
“Lepaslah!” Sedaya-upaya Sulianna
cuba melepaskan diri.
“Jangan berani lari sayang.” Ucapku
seraya menghadiahkan ciuman hangat di dahi Sulianna. Mata Sulianna berair. Dia
risau akan sebarang kemungkinan. Aku pasti!
“Jangan.” Hanya sepatah kata dari
Sulianna.
“Abang tak akan apa-apakan sayang.
Percayalah! Abang betul-betul jatuh cinta! Jangan pernah ragui. Abang mengaku masa
tu abang berniat nak gertak sayang aja. Sebab abang rimas dengan sikap sayang
yang terang-terang cuba mendapatkan abang walaupun berkali-kali abang marah.
Tapi entah kenapa hati abang terpaut pada sayang sejurus lepas menatap mata
sayang di depan pintu bilik hotel. Ketika itu, hati abang memberontak untuk
memilikimu sayang. Kalau tak kita kena tangkap basah sekali pun abang tetap
akan lamar sayang. Abang tak de niat nak cuba rosakkan sayang masa tu. Cuma
abang tiba-tiba hilang kawalan. Abang minta maaf sayang.” Aku mahu dia tau isi
hatiku. Sulianna diam. Namun, bening mata itu masih memandang aku. Cukup
mempersonakan.
“Saya takut.”
“Takut? Takut pada apa sayang. Kan
abang dah janji tak akan apa-apakan sayang hari ni. Esok-esok tak janji.”
“Bukan.”
“Bukan? Cuba jelas sikit. Ni
seketul-seketul sayang cakap ni. Berketul-ketul abang tak faham.”
“Tak. Saya takut awak akan perkosa
saya masa tu. Saya tak kuat. Saya...”
“Shhh.... jangan cakap macam tu
sayang. Abang tergoda pada sayang masa tu tapi insya-allah abang tak kan
rosakkan sayang. Sebab abang memang dah siap pesan pada Amir supaya ketuk pintu
bilik hotel kalau dalam setengah jam abang tak keluar. Abang pun takut jugak.”
Luahku penuh syahdu.
“Tapi...”
“Tak de tapi-tapi lagi sayang.
Ambillah masa untuk memaafkan dan menerima abang dalam hidup sayang. Abang akan
tunggu.” Sebuah ciuman lagi singgah di hidung mancung Sulianna.
Sekurang-kurangnya terubat juga rindu aku pada dia.
............................................................................................................................................................
Allah!
Aku terlambat nak ke pejabat. Semua gara-gara makan bola, tidur bola lah ni.
Ishk, salah sendiri tak nampak. Dituduhnya bola pula. Demam bola biasalah. Aku
bersiap ala kadar. Tak payah nak handsome-handsome
sangat. Dah jadi suami orang pun. Aku berlari menuruni anak tangga. Tanpa
sedar aku terlanggar tubuh seseorang. Poyo je! Terus-terang jelah. Aku
terlanggar Sulianna. Nasib baik belum sempat dia melayang jatuh aku dah sambut
tubuh dia. Hangat! Ya badan Sulianna memang hangat. Dan yang buat keadaan lebih
hangat bila pelukkan aku berbalas. Ini bukan masuk mood romantica okay! Dia peluk aku sebab khuatir akan terjelepuk
jatuh je. Jangan nak lebih-lebih.
“Sorry. Abang tak sengaja. Nak cepat.”
“It’s okay. Salah Su. Tak nampak abang.”
Kening aku naik sebelah. First time she
is talking lembut macam ni. Eh, abang? Good
improvement. Perpeluh-peluh dah aku tahan gelora. Dah sudah! Kenapa Sulianna
pun macam tak nak leraikan pelukkan dia. Macam bagi peluang kat aku je. I think i should try. Gatal! hahaha...
Lantaklah! Aku merapatkan wajahku. Mataku masih setia merenung kedalam mata
Sulianna. Dia bagaikan terbuai. Akhirnya bibirku menyentuh lembut dua ulas
bibir merah miliknya. Cukup lama. Hingga akhirnya dapatku lihat tiba-tiba mata
Sulianna terbeliak. Ditolaknya tubuhku secepat yang mungkin. Aku senyum
segaris. Sulianna macam baru bangun dari lena yang panjang je lagaknya.
“How dare you.”
“Sorry sayang. Terlanjur sudah. But, anyway thanks. It’s so sweet. Ada madu
ke kat bibir tu?” jawabku selamba sambil tersengeh-sengeh. Sulianna menjeling
aku.
“Awak
ni melampau!”
“Sama-sama
kita terlampau sayang. I’m pretty sure you
like my kiss. Nampak terbuai je tadi. And
first of all, I should say this. Sayang seperti mengharapkan my kiss.” Muka Sulianna berubah.
Merahnya! Oooo so sweet. Dia malu!
Dan aku nampak senyuman terukir sedikit di bibir munggil itu. Tapi cepat-cepat
dia sorok. Hatiku melonjat gembira.
“Don’t you dare to do this again.
Awakkk...”
“Shhhhh,
jangan cepat melatah sayang. Dan jangan tukar panggilan. Abang suka dengar
panggilan itu dari mulut sayang. Ikutkan hati nak aja abang cuti hari ni. Tapi
abang terpaksa pergi. Tuntutan kerja sayang. Malam nanti abang pujuk rajuk
sayang ya. Again, thanks for the sweet
memory. Pasti akan ceriakan hari abang.”
Aku
melangkah keluar. Sekilas aku menoleh. Dia masih dengan senyumannya. Aku nampak
api yang sarat dengan cinta pada sepasang mata bundar itu. Sulianna langsung
tidak perasan aku sedang merenung dari luar. Syukur pada-MU. Akhirnya
melembutkan hati isteriku. Jiwaku kini benar-benar memberontak untuk sambung
bicara manja bersama si saiko aku. Tak pe .. aku masih punya banyak masa.
“En.
Shah, kenapa hari ni lain macam je? Sengeh-sengeh macam kerang busuk,” tegur
Ani merangkap setiausaha terbaik aku.
“Biasalah,
teringat kat bini.”
“Wah
macam ada berita baik je.”
“Insya-Allah,
tak lama lagi. Tolong doa untuk saya ya.”
Tepat
jam 5 petang, aku bingkas gerak untuk pulang. Laungan rakan sekerja tidak lagi
aku peduli. Yang penting sekarang aku sampai rumah awal. Ada perhitungan perlu
aku selesaikan. Aku amat pasti kami berkongsi rasa yang sama.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Salam berbalas. Aku melangkah masuk. Wauuu! Mengancam habis. Bini aku ke ni?
Siap ber-dress sakan nak pergi mana
ni?
“Su
nak keluar ke?” tanyaku lembut. Baru nak berbaik tak bolehlah nak kasar-kasar
sangat.
“Ya.”
“Ke
mana?”
“Wedding Alia.”
“Oh.
Dengan Siapa? Mama?”
“Razman.”
“Eh!
Sapa tu? Abang tak izinkan.” Cemburu hadir tanpa diundang.
“Sepupulah.”
“Still abang tak izinkan,” tegasku.
Sepupu pun boleh kahwin apa. Merapu apa pulak ni? Bukan Sulianna dah jadi
isteri aku ke... Ishk!
“Awak
tak boleh halang.”
“Kenapa
tak boleh pulak? Abang ni suami Su.”
“Saya
dah janji nak teman dia.”
“Batalkan
aja. Abang lagi penting untuk Su teman.” Sengaja aku berkeras sikit. Aku nampak
wajah masam Sulianna. Merajuklah tu. Biarkan. Sekejab lagi aku pujuk.
“Abang
lapar. Siapkan makan malam. Abang mandi sekejab.” Aku melangkah ke kamar
milikku. Aku ada misi sendiri malam ini. Sudah lama kami bernikah tapi masih
macam orang asing je. Tidur pun bilik lain-lain. Aku yakin malam ini aku akan
berjaya melenturkan kemarahan Saiko aku. Perasaan untuk memiliki dia cukup kuat
sejak-semenjak-dua menjak ni.
“Jom
makan sekali,” pelawaku. Pertama kali dia siapkan makan malam aku tapi dengan
wajah cemberutnya.
“Tak
lapar.”
“Janganlah
macam tu sayang. Please...teman
abang.” Aku lihat dia akur. Aku makan sambil mata ini galak memandang wajah
manis Sulianna. Dia nampak seperti cacing kepanasan sahaja. Serba tak kena
duduknya.
“Makanlah.
Jangan Pandang macam tu.” Aku tergelak. Patutlah tak selesa. Sebab renungan aku
rupanya.
“Suka
abang tengok wajah manis sayang. Abang rindu!”
“Jangan nak gatal.”
“Abang serius sayang.”
“Sudahlah malas nak layan. Saya naik
dulu.”
“Su, wait for me. We need to discuss. Tunggu kat bilik abang ya,” ucapku
seraya mencuci tangan.
“Awak nak apa?” straight to the point pulak my wife ni.
“Nak awak.”
“What?
Awak jangan nak main-main kat sini.”
“Su, call me abang. Pleaseeee...”
“Err.. awak.”
“Abangggg... bukan awak.”
“Okay,
fine! Abang ni kenapa? Rimas tau tak!” tengking Sulianna. Aku hanya
tersenyum. Aku sedikit pun tak takut. Malah rasa geli hati pula. Sedaya-upaya
Sulianna cuba berlagak selamba. Padahal aku nampak kasih yang cuba dia
sorokkan.
“Su, jangan jerit-jerit. Ni dah lama
abang rasa nak tegur. Tapi tak kesempatan. Abang ni suami Su. Bukan adik, bukan
kawan. Su kena hormatkan abang. Su kan ada belajar agama. Syurga Su pada abang.
Su tak pernah nak hormat abang. Siap tengking kat abang adalah.” Ni aku macam
saja je nak jolok sarang tebuan je.
“Abang tu apa kurangnya. Orang
beragama tak kan berlaku sumbang. Apa yang abang buat tu sah disisi agama ke?”
Hah, ambik kau Shahrul! Aku senyum lagi. Disebabkan dia dah buka topik ni
eloklah aku jelaskan sebaiknya.
“Ok abang setuju. Memang tak patut
kelakuan abang tu. Masa abang rancang semua tu memang niat abang nak balas
dendam aja. Nak gertak Su. Tapi bila Su datang hilang taring abang. Hati abang
berdebar kencang bila tengok Su masa tu. Saat itu abang berjanji dengan nama
Allah hanya Su akan bertakhta dalam hati ni. Abang tak berniat nak sentuh Su
masa tu. Abang betul-betul mohon ampun diatas kekhilafan abang.” Aku menyusun
ayat.
“Tapi abang sentuh juga kan? Su
merayu kat abang masa tu.” Dia menangis. Hibanya.
“ Ya sayang. Abang berdosa pada Su.
Maaf sayang.”
“Su kecewa abang.”
“Abang tau. Itu yang abang
betul-betul terseksa. Izinkanlah abang mengubati luka sayang. Abang yang
bertanggungjawab keatas sikap abang itu.”
“Nasib baik Su pun masih cintakan
abang walaupun awalnya Su benci abang. Tapi rasa benci Su tak boleh melebihi
sayang Su pada abang. Ampunkan Su kerana menafikan hak abang. Su isteri abang
yang sah. Tak patut Su buat abang macam tu.” Aku memandang Sulianna sarat
dengan panahan cinta. Aku benar-benar terharu.
“Boleh abang peluk sikit. Rindu
abang tak tertanggung sayang. Abang terlalu cinta pada Su sekarang. Abang akan
sentiasa berdoa agar jodoh kita tetap kekal sampai ke akhirat.” Aku hanya
sempat minta kebenaran. Dia dah lari mendakap aku. Pecah tangisan kebahagian
kami berdua.
“Sayangggg..”
“Ya..”
“Thanks
my Saiko.”
“Saiko?” Kepala dah dia angkat dari
elok landing atas dada aku.
“Sayang lah. Nama glamour abang bagi sebelum kita nikah.”
“WHAT?” jeritan meletus dari bibir
merah itu sambil meleraikan pelukkan pada tubuh sasaku. Aku tergelak riuh.
“Sorry
sayang. Tapi disebabkan saiko itulah abang gila bayang. Ni nama manja
sayang tau,” ujarku sambil menarik kembali Su ke dalam dakapanku.
“Jahatlah abang ni.”
“Sayang, one more question. Macam mana sayang tiba-tiba berubah hati ni?”
“Abanglah puncanya.”
“Abang?”
“Hmmm.. abang jaga Su macam baby masa Su demam tempoh hari. Plus Su nampak seorang perempuan tu cuba goda abang kat pejabat. Su cemburu. Tu yang Su lembutkan hati agar abang tetap jadi milik Su selamanya.” Aku senyum sambil mengucup lembut bibir manis su. Semoga kisah cinta kami akan terus disulami rasa bahagia. Ya Allah, berkatilah alam rumah-tangga kami. Moga kami bakal dikurniakan dengan anak-anak yang soleh dan soleha. Amin...
“Hmmm.. abang jaga Su macam baby masa Su demam tempoh hari. Plus Su nampak seorang perempuan tu cuba goda abang kat pejabat. Su cemburu. Tu yang Su lembutkan hati agar abang tetap jadi milik Su selamanya.” Aku senyum sambil mengucup lembut bibir manis su. Semoga kisah cinta kami akan terus disulami rasa bahagia. Ya Allah, berkatilah alam rumah-tangga kami. Moga kami bakal dikurniakan dengan anak-anak yang soleh dan soleha. Amin...
-TAMAT SUDAH-