24 April 2009

Aku Terluka

Serpihan kaca menikamku,
Ketika aku melangkah menghampirimu,
Darah merah hebat terpancar,
Meninggalkan kesan luas,
Namun bisa itu aku tahan,
Kerana kesannya hanya semalam,
Tetapi,
Dinihari ini aku merana lagi,
Bukan pada tubuh badanku,
Cuma terguris sedikit perasaan,
Kerana tajamnya lidah gerangan,
Aku terluka semakin besar,
Dan aku teramat kecewa,
Kerana bisa itu kubawa bersama,
Sehingga ke pusara.

2 comments:

Arisa Eriza said...

hi miz dewi. tanx coz sokong cter z 2. mmg sk wat crita melayu n b'puitis ye huhu?

Dewi said...

hehehe.. memang minat giler..
suka baca karya org lain juga.. tp bkn ciplak hak cipta org lain...
Novel.. hmm... 2 minggu sekali mesti kena beli novel..