Nasib malang menimpa Shaidatul Ainn ekoran kematian bakal suaminya di dalam kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa tunangnya. Ketika itu, hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk dia di ijab-kabulkan dengan jejaka pilihan keluarganya, Mohd Fariz. Shaidatul Ainn sudah mula berubah sikap. Jika dahulu dia mudah di dampingi, kini tidak lagi. Begitu payah untuk dia mengukirkan senyuman manis. Hilang serinya. Bukan hanya kerana nasib yang menimpanya. Tetapi juga disebabkan tuduhan daripada keluarga pihak lelaki. Ainn di katakan penyebab utama atas kematian Mohd. Fariz. Dia di lemparkan dengan gelaran anak sial, yang hanya membawa nasib malang. Sebelum ini... keluarga tirinya sahaja yang akan berkata sedemikian. Puas juga sahabat baiknya, Noni cuba memujuk Ainn kembali ceria seperti sedia kala. Ternyata Noni gagal. Malahan Ainn lebih suka menyendiri. Kerja-kerja di pejabat juga makin lama makin diketepikan olehnya. Sampai begitu sekali Ainn terjejas. Pada suatu hari tu, Syarikat Ikram; tempat di mana Ainn dan Noni mencari nafkah telah menyampaikan berita bahawa anak teruna Dato’ Hasaruddin bakal mengantikan kedudukkan papanya dalam masa terdekat. Cuma belum dapat di pastikan tarikh sebenar pengisytiharan boss baru itu. Hinggalah tiba saatnya....
“Hello every body. Let i introduce... this is our new boss, En. Syamsul. Kenalkan semua.” Zamani, Pengurus Muda Bahagian Pemasaran memperkenalkan En. Syamsul. Semua menyambut manis salam perkenalan En. Syamsul, kecuali Ainn yang sambil lewa sikapnya. Syamsul naik marah melihat kelakuan Ainn. Di sebabkan itu merupakan hari pertama dia di Syarikat papanya, dia terpaksa kuburkan sahaja niatnya untuk melenting dan melepaskan geram pada Ainn. Tak pe!!! Sabar jelah dulu. Kau bukannya akan lari pun. Pandailah aku balas. Sebenarnya Ainn bersikap acuh tak acuh tadi kerana dia sedang menahan sakit yang tiba-tiba menyerang perutnya. Biasalah... kaum perempuan memang tidak lari daripada masalah bulanan. Betul tak? Lebih menyakitkan lagi itu merupakan first day period Ainn. Dahlah dia tak bawa pad. Susah payah dia cari spare kat member dia.
“Cik Shaidatul Ainn.” Tiba-tiba je Syamsul muncul entah dari mana. Ainn sendiri pun tidak dapat pastikan. Yang surenya... suara lelaki tu, nampak sangat seperti menahan marah. Semua staf yang ada kat situ waktu tu, terkulat-kulat memandang antara satu sama lain. Baru masuk kerja dah mula tunjuk gaya boss. Itulah yang mereka fikirkan.
“Ya, En. Syamsul,” jawab Ainn sedikit lemah. Memang dia tak dapat menahan keperitan datang bulan sejak dari dulu lagi. Daya ketahanannya kurang.
“Mana fail yang I minta you submit sekejab tadi?” lantang benar bunyi suaranya. Kecut perut Ainn mendengar suara sebegitu. Dia memang penakut pun. Orang marah sikit mesti nak menangis.
“En. Syamsul, saya dah pass tadi.”
“I tak terima pun.”
“Tak En. Syamsul. Memang saya dah bagi tadi. Rasanya En. Syamsul letak kat atas meja.”
“You jangan nak pandai-pandai, Cik Shaidatul Ainn. Datang kerja buat gaya datang kerja. Jangan nak malas. Makan gaji buta. Nanti I check. Kalau tak ada siap you. Tahulah I apa nak buat.” Tegas Syamsul melontarkan kata-katanya. Terubat sikit rasa dendam di jiwanya. Dia tidak mengambil peduli perasaan Ainn. Sakit Ainn makin menjadi, sampaikan lunch pun dia tak ambil. Kawan-kawan sepejabat yang lain kesian melihat Ainn. Syamsul yang sudah kembali ke bilik pejabatnya, masih belum menampakkan batang hidung. Dia rasa serba-salah sebenarnya kerana memarahi Ainn tanpa periksa dulu kebenaran kata-kata Ainn. Memang fail yang dia minta ada kat atas mejanya. Tetapi... biarkan... Dia patut rasakan... Siapa suruh cari nahas dengan aku, bentak hati kecil Syamsul. Bisikkan jahat melebihi ketulusan hatinya.
“Eh! Cik Shaidatul Ainn?” sapa Syamsul sebaik sahaja terpandang gadis kecil molek tu masih setia menghadap PC menyiapkan kerja-kerjanya yang tergendala sebelum ni. Staf yang lain semuanya dah pulang ke rumah. Muka Ainn pucat. Memang Syamsul perasan waktu dia melenting kat gadis tu pagi tadi.
“Boleh saya balik?” soalnya tanpa sedikit pun memaling muka ke arah Syamsul. Timbul pula rasa simpati jauh di lubuk hati Syamsul. Memang Syamsul suruh dia siapkan kerjanya dulu sebelum balik. Tapi, tak pula Syamsul sangka dia sanggup stay back.
“Emm... yup sure. I boleh tolong hantar. If you don’t mind.”
“Tak pe. Saya boleh balik sendiri. Thanks, anyway.” Balas Ainn sedikit kasar. Dia memang tersinggung dengan keganasan bossnya tadi. Syamsul naik geram juga mendengar bunyi ton suara Ainn. Tapi, di matikan sahaja geramnya.
“Are you okay? Nampak macam tak sihat je. Kenapa?”
“Nothing,” jawab Ainn ringkas. Malas nak layan. Syamsul pula sebagai majikkan, sudah menjadi tanggungjawabnya mengambil berat soal kesihatan anak buahnya. Dia masih tidak berputus asa. Dia setia memerhatikan Ainn. Ainn menekan perutnya. Tahulah Syamsul yang Ainn sedang mengalami stomach pain.
“You sakit perut ke? Nak I tolong.”
“No. Saya nak balik sekarang, En. Syamsul. Selamat tinggal,” ucap Ainn sambil menyentap dengan kasarnya beg tangannya yang tersangkut kat laci tempat duduknya. Syamsul memerhatikan langkah Ainn. Tersinggung juga dia dengan layanan dingin daripada Ainn. Tapi kemudiannya tersenyum nakal.
“Emm... kalau dah perempuan marah-marah tak tentu pasal tu, semestinya satu je sebabnya. Datang haid lah tu. Patutlah dia pegang perut dia.” Syamsul bercakap seorang diri. Geli hati dengan sikap Ainn yang seperti cuba mengelak tadi.
Begitulah saban hari, Ainn terpaksa menghadap boss mudanya yang bengis tak tentu pasal tu. Apa yang Ainn buat ada je salahnya. Separuh mati Ainn menjalankan kewajibannya sebagai seorang setiausaha yang berdedikasi. Syamsul memang sengaja memperlakukan sebegitu terhadap Ainn hinggalah one day dia melepaskan geram familynya pada Ainn. Masalah dia bukan Ainn tapi cadangan keluarganya yang telah memilih jodoh untuknya. Dia terpaksa menerima dengan hati yang berat. Dia masih belum dapat melupakan kekasih lamanya, Nadia. Cintanya hanya milik Nadia. Itulah yang dia fikirkan. Namun sekelip mata sahaja semuanya hancur berkecai apabila Nadia sendiri yang meminta perpisahan kerana cintanya telah beralih arah. Malahan dah dua tahun Nadia hidup bahagia bersama suaminya. Dia dah pun ada seorang anak. Takkanlah pula Syamsul nak meruntuhkan rumah-tangga orang lain semata-mata kerana cintanya yang di persiakan itu.
Hari yang ditunggu-tunggu menjelang tiba juga akhirnya selepas dua bulan lamanya Syamsul bertunang. Pengantin lelaki dan perempuan masing-masing belum pernah diketemukan, sehinggalah tibanya waktu membatalkan wuduk. Terbeliak Syamsul dan juga Ainn. Tak disangka-sangkakan mereka yang disatukan rupanya. Papa Ainn memang selalu sangat mengambil keputusan tanpa bertanya terlebih dahulu kepadanya. Kalau Ainn menjawab pasti kena penampar hebat daripada mama tirinya. Dia tidak pernah dipandang sebagai anak oleh mama tirinya mahupun abang tirinya.
“Ainn, I harap you faham. I belum boleh terima you sebagai isteri I walaupun kita dah bernikah.”
“Saya tak kisah. Dan saya pun belum bersedia untuk menjadi isteri siapa-siapa pun.”
“Terima kasih kerana memahami.”
“Tapi, satu je permintaan saya. Saya tak nak berhenti kerja.”
“Itu I tak boleh nak bantu. You kena bincang dengan papa I.” Senang-senang sahaja Syamsul lepas tangan. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan yang berkaitan dengan Ainn. Puas juga Ainn cuba memujuk mertuanya, tetapi mereka keras. Tak nak juga bagi Ainn bekerja. Cukup sekadar jadi suri rumah sepenuh masa.
Kini, Ainn sudah dapat menyesuaikan dirinya bersama-sama dengan keluarga Dato’ Hasaruddin yang memang senang di dampingi. Syamsul merupakan anak sulung mereka. Selain Syamsul, ada lagi tiga orang anak Dato’ Hasaruddin. Tiga lelaki dan seorang perempuan. Sekelip mata sahaja Ainn sudah rapat dengan adik-adik iparnya, Syahril, Syahmir dan Syahidah. Hanya hubungan Ainn bersama Syamsul sahaja masih dingin. Sedikit pun tiada tanda-tanda mereka seperti pasangan suami isteri. Walaupun begitu, Ainn tidak ketinggalan menjalankan tanggungjawabnya. Segala makan minum dan pakaian Syamsul terurus rapi. Tak pernah di abaikan.
“Akak, Shahril laparlah. Boleh tolong masak tak?”
“Haik... Kan tadi dah makan kat luar?”
“Memanglah akak. Tapi masih tak cukup. Please ya?” rayunya. Ainn menghadiahkan senyuman paling manis buat adik iparnya yang sorang tu. Manja sangat. Mengalahkan budak kecil je lagaknya. Padahal umur dia dah menjangkau 23 tahun. Hanya 4 tahun beza dengan Ainn.
“Yalah. Tunggu jab. Akak masak nasi goreng jelah ya.” Shahril mengangguk-anggukkan kepalanya. Sedang sibuk mereka berempat menjamu sekali lagi, Syamsul muncul. Wajahnya serta-merta berubah melihat keakraban Ainn dan adik-adiknya. Dia cemburu. Dalam tak dia sedar sebenarnya dia dah jatuh cinta dengan isterinya. Ainn yang sedang sibuk melayan kerenah adik-adik iparnya, menoleh memandang Syamsul. Sebagai seorang isteri dia memanggil Syamsul.
“Abang, marilah makan sekali. Saya hidangkan.”
“Tak payah.” Ketiga-ketiga orang adik iparnya memandang antara satu sama lain. Mereka pelik dengan perangai abang mereka yang tidak boleh dijangka itu. Ainn tidak pula memaksa. Tak nak sudah! Jimat sikit makanan.
Sejak daripada itulah juga Syamsul mula menjauhkan diri daripada Ainn. Dia jarang balik awal. Selalunya dia akan balik lewat malam lepas semua dah masuk tidur. Ainn hairan dengan perubahan ketara Syamsul. Syamsul sekarang ni dah pandai keluar malam, lepas balik dari pejabat. Ini menimbulkan syak wasangka pada Ainn. Ada sekali tu, Ainn yang berpura-pura tidur menjenguk melalui tingkap biliknya apabila terlihat suaminya tergopoh-gopoh keluar. Seorang wanita muda duduk di seat depan kereta Syamsul yang tak diletakkan kat dalam garaj. Hancur berkecai hati Ainn tatkala melihat kemesraan Syamsul bersama wanita tersebut. Tahulah dia kini kenapa Syamsul selalu bersikap dingin terhadapnya. Sepanjang malam Ainn bertemankan air mata. Dia menyesal kerana menganggu perhubungan suaminya itu, yang mungkin sejak sebelum perkahwinan mereka lagi. Setelah berfikir panjang, Ainn mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumahnya. Hubungannya bersama mama tirinya sudah pulih sejak menerima pinangan daripada Dato’ Hasaruddin. Biasalah perempuan memang cepat benar terburu-buru mengambil keputusan. Keesokkan paginya, Ainn menghampiri Syamsul.
“Abang, Ainn nak minta kebenaran untuk pulang ke rumah mama.” Syamsul yang tengah mengalami ketegangan sejak dua minggu lepas mengangguk tanda setuju. Sikit pun dia tidak menghalang. Di biarkan sahaja Ainn dalam kepiluan, padahal dia dapat melihat dengan jelas wajah sedih isterinya itu.
Sudah lebih dari satu minggu Ainn berada di kampung halamannya. Syamsul pula mula tidak terurus hidupnya. Sebelum ini Ainn yang buat segala-galanya untuk Syamsul. Syamsul mula merindui isterinya. Walaupun mereka tidak mesra, namun pemergian Ainn menganggu ketenangan jiwa Syamsul. Dia rasa bosan bila tidak dapat melihat wajah comel Ainn. Pertama kali dia menghubungi isterinya.
Sudah lebih dari satu minggu Ainn berada di kampung halamannya. Syamsul pula mula tidak terurus hidupnya. Sebelum ini Ainn yang buat segala-galanya untuk Syamsul. Syamsul mula merindui isterinya. Walaupun mereka tidak mesra, namun pemergian Ainn menganggu ketenangan jiwa Syamsul. Dia rasa bosan bila tidak dapat melihat wajah comel Ainn. Pertama kali dia menghubungi isterinya.
“Assalammualaikum, Ainn... Abang ni.”
“Waalaikummussalam. Ya abang. Apa hal?”
“Emmm... tak pelah. Tak de apa-apa. Abang letak dulu.” Syamsul mematikan panggilannya. Sekali lagi Ainn terguris. Pada sangkaannya Syamsul ingin memujuknya pulang. Syahril, Syahmir dan Syahidah tidak dapat berpisah dengan kakak ipar mereka. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk menjemput sendiri Ainn. Tak nak mengharapkan lagi abang mereka. Ainn yang tiada pilihan lain terpaksa juga pulang semula ke banglo tersebut. Di situ, dia terserempak dengan Syamsul.
“Dah balik? Ingatkan tak nak datang balik kat sini,” sindir Syamsul.
“Memang saya tak nak balik semula. Tapi, adik-adik abang paksa saya. Lagi pun saya tak nak merampas kebahagian orang lain. Malahan saya sanggup menerima jika di takdirkan untuk keluar dari rumah ni buat selama-lamanya,” terang Ainn, sedikit kasar. Entah kenapa Syamsul dapat merasakan kesantunan Ainn walaupun suaranya agak lantang juga ketika itu.
“Ni mesti Ainn dah tengok kan? Dia bukan seperti yang Ainn sangkakan. Memang kami pernah bercinta. Tapi bukan lagi sekarang. Saya bantu dia untuk process penceraian. Dia dah tak sehaluan dengan suaminya. Saya tak anggap dia lebih dari seorang kawan.” Kenapa perlu aku terang kepada Ainn? Asyik-asyik benda yang sama bermain di dalam kepala otak Syamsul. Ainn tidak begitu mudah mempercayai kata-kata Syamsul. Tidak di endahkan olehnya sehinggalah mak mertuanya sendiri turun padang menceritakan perkara sebenar.
“Ainn.”
“Ya, mama.”
“Mama ada hal sikit nak bincang dengan Ainn.”
“Berkenaan apa tu mama?”
“Syamsul.”
“kenapa dengan abang?”
“Ainn, dengar cakap mama ni ya. Syamsul tu tak ada apa-apa hubungan lain dengan Nadia. Dulu memanglah mereka pasangan kekasih. Tapi, Nadia sendiri yang menolak lamaran Syamsul. Katanya hati dia dah terpaut kat lelaki lain. Selama setahun Syamsul merana. Sikap bengis dia tu lahir selepas di tinggalkan kekasih. Mama tahu sebab Nadia tu anak kawan mama.”
“Jadi betullah apa yang abang cakap kat Ainn tempoh hari tu.”
“Ya.”
“Mama, maafkan Ainn.”
“Tak pe, nak. Mama faham. Nanti, Ainn bincanglah dengan Syamsul ya.” Ainn yang terburu-buru mempersalahkan suaminya mula di himpit perasaan sayu. Dia sedih kerana tidak mempercayai suaminya. Hampir setiap hari Ainn menangis. Dia menyesal tak sudah-sudah. Hinggalah susut berat badan Ainn. Dia jatuh sakit. Syamsul yang sibuk dengan tugasan pejabat tidak pula perasaan apa pun. Syahril, Syahmir dan Syahidah yang dah lama tak mendengar gurauan mesra kakak ipar mereka, menjenguk ke dalam kamar tidur abangnya. Ainn terbaring kaku. Syahidah masuk seorang diri menghampiri Ainn.
“Masya-Alla! Akak panasnya badan,” jerit Syahidah. Laju-laju Syahril dan Syahmir menghampiri Ainn.
“Akak, kenapa tak bagitahu kita orang. Tengok sekarang akak juga yang susah. Jom kita pergi klinik,” pinta Syahmir yang muda 7 tahun dari Ainn. Dia takut melihat wajah kuyu Ainn.
“Tak pelah Syahmir, Syahril, Syahidah... Kejab lagi oklah. Biar akak rehat kat sini je dulu. Sorry ya, tak dapat nak berborak lama. Akak nak tidur.” Suaranya lemah. Macam tak cukup tenaga je. Syahril yang dah kebuntuan idea segera menghubungi Syamsul.
“Hah! Apa hal ni awal-awal lagi dah call abang?”
“Abang, akak sakit teruk. Dia tak nak ikut kita orang pergi klinik. Kami takutlah abang.”
“Sakit? Emmm... Ok tunggu abang. Kejab lagi abang sampai.” Syamsul risau juga bila dapat berita tersebut daripada adiknya. Segera dia melangkah keluar.
“Noni, batalkan semua appointments and meetings saya. Saya ada hal sikit. Tak balik office.” Syamsul memecut laju keretanya setelah meminta Noni membatalkan semua agenda hari ini. Dia lebih pentingkan kesihatan Ainn. Sampai juga Syamsul kat bilik tidurnya. Ainn masih baring lagi, membelakangkan Syamsul. Perlahan-lahan Syamsul menghampiri Ainn. Pertama kali dia menyentuh tubuh isterinya. Dia menarik Ainn supaya menghadapnya.
“Kenapa ni, sayang? Lain kali kalau tak sihat, bagitahu abang.” Ainn terkebil-kebil melihat kehadiran Syamsul. Dia tidak menjawab pertanyaan Syamsul. Hanya memerhatikan sahaja.
“Kenapa tengok abang macam tu?”
“Ha... Emm... tak ada apa-apa.”
“Betul?”
“Betul.”
“Kalau macam tu, jom ikut abang pergi klinik.”
“Tak nak.”
“Jomlah.”
“Tak nakkkkk.....”
“Abang panggil betul-betul, tak nak ikut ya. Tak pe...” luah Syamsul sambil serta-merta mendukung isterinya.
“Abang, apa ni? Lepaskan. Malulah kalau adik-adik tak pun papa ngan mama tengok.”
“Malu apa pula.” Tanpa menghiraukan pujuk rayu Ainn, Syamsul yang masih mendukung isterinya menuruni anak tangga menuju ke halaman rumah. Semua ahli keluarga ada kat ruang tamu.
“Abang, kenapa dengan akak,” soal Syahidah pantas.
“Tak de apa-apa. Abang nak bawa ISTERI abang ke klinik. Itu je.” Ainn malu tapi langsung tak menunjuk. Terpaksa berlakon. Kalau tak mesti kena ejek punya.
Begitulah akhirnya Syamsul dan Ainn menjadi pasangan yang paling romantik. Tak perlulah jelaskan dengan lebih terperinci. Kalau si suami dan si isteri dah berbaik tu, faham-faham jelah apa yang akan berlaku seterusnya. Mestilah mereka hidup happy. Dah... Dah.. yang lain-lain tu main jauh-jauh. Sibuk je nak tahu...
0 comments:
Post a Comment